Monday, 28 April 2014

A CHOOSER

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah lama sangat tak mengangkat pena untuk menulis, atau lebih tepat lagi di sini, menekan keyboard untuk menaip. Saya orangnya, bukan pandai bermadah, berkias-kias, menyusun ayat berbunga, oh itu jelas sekali bukan saya. Kebanyakan hasil juga agak direct and straight to the point, tak reti nak deep deep sangat ni. Sebagaimana saya sering berasa sulit memahami penulisan bersastera tinggi, begitulah saya rasa double susah untuk menghasilkan karya sedemikian. 

     Orang beracuan seperti saya ini, saya kira, hanya akan kembali mengangkat pena apabila ada peristiwa yang sangat meruntun hatinya, hingga dia tak lagi peduli akan molek atau tidak penyusunan gaya bahasanya. Apa yang dia mahu ialah berkongsi rasa dengan dunia dan seisinya.

Itulah yang saya rasa saat ini.

     Saya rasa yang membaca ini semua tahu, dah hampir 3 tahun saya berkelana di bumi komunis ini, mengaut ilmu di Beijing, China. Komunis?  agak keras bunyinya ya, nanti, awak semua akan faham mengapa.

   Hari ini, kelas pertama tamat seawal jam 10:30 am. Lapar. Saya menunggang basikal biru kesayangan saya menuju restoran halal berdekatan universiti. Beginilah kehidupan saya, menunggang basikal ke mana-mana sahaja. Kalau tempat jauh sikit naik bas or subway( keretapi bawah tanah). Kat sini pengangkutan awam memang mantap, murah pulak tu. Barangkali kerana populasi rakyat China yg mencecah 1.2 billion mendesak kerajaan mereka untuk lebih bijak dan efektif mengurus hal-hal trafik. Kalau tak, tak dapat bayangkan macam mana kacau bilauya keadaan, terutamanya di metropolitan Beijing ini yang kepadatan penduduknya sama dengan populasi seluruh rakyat Malaysia. Beijing ni besarnya macam Selangor je. Boleh bayang tak? Ini realiti hehe..

     Saya pernah menjejakkan kaki ke Mesir, saya saksikan sendiri betapa pemerintahan 30 tahun Hosni Mubarak tak membawa banyak perubahan, jauh sekali kemajuan besar pada negara itu. Saya tak hairan jika saya mendarat di perkampungan terpencil, soalnya saya berada di ibu negara Mesir, Kaherah. Tika itu, penerbangan 11 jam saya dari Beijing Capital Airport sampai ke airport Mesir mendarat  pada waktu subuh. Selain rasa letih, perasaan pertama saya saat tiba di sana ialah terkejut dan terasa seperti saya berada di zaman 60-an. Bukannya nak kata Beijing ni maju atau bersih sangat, sampai saya begitu terasa perbedaannya, tak punnn... Bandar ini jauh ketinggalan di belakang Shanghai dan Shenzhen, not to mention Hong Kong. Sebab  itu, susah sekali saya nak brain macam mana rakyat Mesir bisa mengambil keputusan menjatuhkan 1 tahun pemerintahan Morsi sedangkan mereka mampu bersabar selama 30 tahun melihat keterukan pemerintahan Mubarak. Maaf, jika ada pelajar atau kawan-kawan saya yang kini sedang menuntut di Mesir. Saya tak berniat nak down graded kan negara barakah ini, malah saya menitiskan air mata saat pesawat Egypt Air terbang meninggalkan landasan lapangan terbang Kaherah membawa saya pulang ke Beijing. Perasaan sedih yang saya kira hadir kerana aura barakahnya bumi anbiya itu, betapa bumi Mesir banyak mentarbiyyah saya, tak terkira berapa ramai nabi, tokoh-tokoh besar islam yang pernah hidup dan wafat di sana. And of course mana tak sedihnya, saya takkan lupa warm welcome yang diberi sahabat-sahabat saya di sana :) jazakunullahukheir... 

Tak tahu kenapa tiba-tiba masuk cerita ni. Berbalik pada cerita saya di restoran halal tadi.

     Restoran halal di kawasan saya belajar ini, boleh dikira dengan jari. Tak banyak. Jadi memang perkara biasalah kalau pekerja restoran halal kat sini selalu nampak muka pelajar Malaysia je yang datang. Sebab petang itu ada kelas lagi, jadi jam 10:30 am tu kira makan brunch(baca: breakfast+lunch) lah. Pekerja di restoran ini semua orang islam. Dari tukang masaknya sampailah ke tukang sapu, tapi dari segi fizikalnya orang islam yang dah terkena banyak kesan sekularisme. Sekali lagi, saya bukannya mahu judge sesiapa, Allah tak pernah memberi tugas menghakimi pada hambanNya. Ini supaya awak semua senang nak bayangkan bagaimana keadaan dalam restoran tersebut kerana ada kaitan dengan further story :). 

     Selepas saya menempah makanan di kaunter, ala-ala KFC kat Malaysia, bayar dulu kat kaunter, nanti dia hantar makanan. Setelah membayar, saya berjalan ke arah meja makan di tepi dinding. Saat itu, saya perasa salah seorang pelayan wanita mengekori saya dari belakang. Tapi saya biarkan sajalah. Sampai lah saya di meja makan tersebut, sebelum duduk saya menoleh ke belakang lalu bertanya.

"Ya, kenapa?"

"Tak ada apa."

Dia berhenti lalu berdiri berdekatan meja berhadapan meja makan saya. Setelah saya duduk dengan selesa menanti makanan, dia datang dengan senyuman, lalu berdiri di sebelah meja makan saya.

"Awak dari negara mana?" (soalan yang sentiasa saya terima drp masyarakat di sini sejak 3 tahun lepas)

"Malaysia." 

"Saya tengok pelajar Malaysia semua pakai tudung. Awak solat tak? Setiap hari?"

"InsyaAllah, saya solat."

"Kami yang kerja kat sini semua orang islam. Tapi kami tak baik mcm kamu semua."

"Kenapa cakap mcm tu? Awak dari wilayah mana?"

"Gangsu."(antara wilayah di China yg ramai orang islam). Kami tak pakai tudung, kami tak solat. Sebab kerja, antara peraturannya, kami tak boleh buat semua tu."

"Emm.."

"Saya cemburu sangat tengok awak semua bebas pakai tudung. Kami tak boleh pakai tudung. Biasanya awak solat kat mana?"

"Kat asrama, dalam bilik."

"Kalau ada kelas?"

"Ada yg solat je dalam kelas kat tangga ke kat basement ke.Kat mana-mana pun boleh."

"Ohh..Bulan 6 ni bulan Ramadhan, dapat cuti. Balik kampung nanti, saya nak solat, nak pakai tudung. Saya dah kahwin. Ada 2 orang anak lelaki, saya patutnya buat semua ni, tapi saya tak mampu. Saya takut sangat, saya tahu saya kena solat, pakai tudung, tapi saya tak buat. Sebab kerja. Saya takut Tuhan marah dengan saya." (mata dia dah berkaca)

"Awak janganlah nangis, dalam islam ni perkara paling paling asas bukannya pakai tudung, bukannya solat. Dua-dua tu sangat penting, tapi perkara paling paling asas ialah mengakui Allah tu Esa dan Muhammad pesuruh Dia. Awak kena percaya dan letak Dia dalam hati. Awak kena percaya dan rasa awak ada Tuhan yg sentiasa tengok kita, faham dan maafkan dosa kita." 

(Dia menangis)

"Janganlah nangis. Saya faham kenapa awak semua tak boleh pakai tudung, tak boleh solat. Saya tahu keadaan kat sini. Negara kami negara islam. Kami ada segala kebebasan mengamalkan agama. Suasana sangat berbeza. Mungkin balik Gangsu nanti awak boleh ganti semua solat yg awak tinggalkan."

"Kat negara awak mesti senang sambut Ramadan. Kat sini susah."

"Kat negara saya kami boleh sambut Ramadan dengan bebasnya, alhamdulillah..hari lain pun kami bebas."

"Saya rasa sangat tak adil kami tak diberi kebebasan amalkan agama. Kalau amalkan, boleh kena tindakan."

"Kehidupan dunia ni memang banyak ketidakadilan, tapi kehidupan selepas mati sangat adil. Allah pun maha adil, awak jangan putus harapan pada Dia." 

(Dia nangis lagi)

*********************************************************************************

Maaf, kalau kurang memahami, perbualan berlangsung dalam Bahasa Cina. Susah juga nak translate.

    Pekerja di kaunter memanggilnya ke hadapan mengambil makanan untuk dihidangkan kepada saya. Mujur juga, saya pun dah hampir menangis tengok dia menangis. Sambil makan, sambil berfikir. Deep juga perbualan itu, sedangkan itu bukan kali pertama saya berdepan soalan-soalan sedemikian. Mainstream sangat dah mereka bertanya soalan- soalan macam tu, hingga dah biasa.

    Banyak tercatat dalam buku-buku tarbawi bahawa kata-kata yang lahir dari hati akan menyentuh hati. Saya juga dapat merasakan soalan- soalan itu lahir dari hatinya, apabila dia berkata dia takut Allah marahkan dia kerana semua ini, dia benar-benar memaksudkannya. Kerana itu saya juga merasa sebak apabila dia mengalirkan air matanya. Saya berasa tersentuh hingga saya menggerakkan semula jari- jemari saya menaip dalam blog ini, bercerita tentang dia.

    Di sini, memang masih ada ketidakbebasan beramal. Saya pasti kamu semua tahu antara asas dalam Marxisme (fikrah komunis) ialah menidakkan kewujudan Tuhan. Setelah jatuhnya dinasti terakhir, iaitu berakhirnya Dinasti Qing dan tercetusnya wusiyundong- Revolusi 4 Mei yang dipimpin Dr. Sun Yat Sen, 中国(zhongguo- China) beralih kepada pemerintahan republik, dengan parti komunis sebagai peneraju utama. Walaupun setelah 30 tahun sejak gaigekaifang- dasar buka pintu yang bermula setelah kematian Presiden Mao, masalah ini masih wujud. Hakikatnya, setelah dasar buka pintu, banyak sekali perubahan mendadak berlaku dari segi ekonomi, dan gaya hidup masyarakat di sini. Mereka mula dapat melihat dunia luar, banyak industri dan syarikat luar akhirnya berjaya menembusi pasaran negara ini yang memang menjanjikan keuntungan besar kerana tenaga buruhnya terlampau ramai. Tetapi soal ketidakbebasan agama ini kelihatan masih banyak bersisa. 

   Degree Tahun 2 ini, saya berpeluang memilih subjek elektif sejarah cina. Tahun 1901- 1960 ni rasanya memang banyak sekali berlaku kekacauan dalam dunia ni. Jatuhnya khalifah, perebutan PALESTINE, perang dunia kedua, perpecahan negara islam sana sini,.revolusi itu revolusi ini. Saya tak pasti andai ini semua sebahagian drp perancangan GF tapi kesan daripada semua peristiwa ini amat besar dan berpanjangan. Cubalah awak semua baca sejarah dunia dalam rangka tahun tersebut, awak akan perasan betapa banyak peristiwa yang berlaku. Mungkin juga akan jumpa perkaitan antara satu dengan yang lain. 

   Terlebih-lebih populasi ini banyak juga berpunca daripada pemerintahan sebelum ini yang menggalakkan setiap keluarga mempunyai anak yang ramai walaupaun keadaan rakyat pada masa itu sangat-sangat daif. Kesannya masih dapat dilihat sekarang. Rakyat di negara ini sangat rajin bekerja, malah mereka sanggup melakukan apa saja pekerjaan despite of jumlah gaji yang amat sedikit kerana mereka tidak punya pilihan. Seperti kes di atas, yang mana dia mengatakan dia tidak punya pilihan, terpaksa juga bekerja walaupun peraturan bekerja menyeka dia mengamalkan agamanya. Cukup tentang sejarah China, (takut pulak tulis lebih-lebih pasal parti k****** ni, bahaya sikit. Kalau awak semua rasa Malaysia kurang ada kebebasan bersuara, kat sini takda langsung.) Rakyatnya nampak okay di sebalik tekanan yang sangat besar kerana dah terbiasa mungkin, tapi di sini tak kurang kes-kes bunuh dirinya. Bayangkan apabila kita hidup tak berTuhan, berdepan pula dengan tekanan hidup yang amat menghimpit, maka pengakhiran paling buruk yang akan dipilih..naudzubillah...

   Main point yang saya mahu kupas bukannya tentang sejarah China atau tentang ramainya populasi mereka, atau tentang tertindasnya orang islam di sini (tertindas ni ada kaitan jugak sebenarnya). Apa yang saya mahu jelaskan ialah betapa WE WERE BORN A CHOOSER. Baiknya Allah, Dia memberi kita pilihan, bukan memaksa dalam agama ini, lahir sebagai rakyat Malaysia, berbangsa Melayu , dalam keluarga muslim secara turun temurun benar-benar memberi kita pilihan untuk beramal dengan agama ini atau tidak.

   Nak tak nak, kita kena terima, jatuhnya khalifah kemudian diserang pemikiran (baca: Ghazwul Fikr) secara terus menerus hingga kita lupa sejarah kita lalu hilang keizzahan padanya, hingga kita jadi seperti yang kita lihat hari ini bukan 100% berpunca dari musuh-musuh kita. Sampaikan khalifah yang ibarat kepala kepada sesuatu jasad jatuh pun tak rasa apa-apa. There must be something rotten inside. 

   Agama ini bangkit dengan iman, jatuh dengan hilangnya iman, dan hanya akan bangkit semula dengan iman. 
   
  Yes, it is a sunnatullah. Islam menang, kemudian tewas dan pasti akan menang kembali. Itu sunnatullah.. dan sunnatullah juga perlu ada tangan-tangan yang memenangkannya, that's how this religion works. Dan sudah tentu kerja ini takkan selesai dalam masa sehari dua, jalan  ini terkenal dengan panjang dan payahnya, even Rasulullah saw tak ada lagi di dunia ini saat islam itu menjadi Ustaz. Tak sempat pun nak lihat bahawa mimpi Baginda dan para sahabat yang benar, menjadi realiti.

   Saya hanya mengkonklusikan apa yang saya dengar dan lihat di restoran tadi, sekiranya kita sudah menjadi ustaz(baca: Ustaziatul Alam, UA= petunjuk kepada seluruh dunia) perkara sedemikian takkan berlaku, atau sekurang-kurangnya pasti ada yang akan bangkit membela andai ketidakadilan demikian terjadi. 

   Pada zaman Rasulullah saw, baginda dan golongan Assabiqul Awwalun benar-benar melihat kegemilangan islam itu sebagi sebuah mimpi, mimpi yang pasti. Bak kata Hassan Al- Banna,

 mimpi semalam ialah realiti hari ini.

Inilah harapan yang mengukuhkan mereka yang ada di atas jalan ini.

Teringat kembali kisah Mus'ab bin Umair, salah seorang sahabat yang dijanji syurga. Mus'ab ini kacak, bergaya, berasal dari keluarga berada. Sentiasa berketrampilan dan pakaiannya cantik-cantik belaka. Sehingga apabila dia memeluk islam, dia meninggalkan segala hiasan dunia dan berjuang di sisi baginda hingga syahid dalam Perang Uhud, jasad dan wajahnya hampir tak dapat dikenal pasti. Apabila Rasulullah saw melihat dia yang sudah gugur syahid, Rasulullah saw lalu mengatakan

Inilah pemuda yang benar.

Agak- agaknya kalau Rasulullah saw lihat kita sekarang, baginda akan cakap benda yang sama tak?

*potong bawang*

Kepada para duat seluruh dunia, obsesi kita ialah reda Allah, dan kita hidup dengan harapan serta mimpi ini. Jika hari esok kita bangun , kita belum melihat syurga, maka ketahuilah, kerja kita masih belum selesai. Moga terus tsabat, insyaAllah :')