Sunday, 9 June 2013

Sabarkan aku

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku tak minta sesiapa utk faham
Kerana itu aku lebih suka memendam
Setiap orang punya masalah tersendiri
Jadi aku tak mahu tambah membebani

Itu prinsip aku

Tapi aku akui makin dipendam makin sakit hati
Dan sakit hati boleh membawa pada benci
Kalau aku ni masih lagi aku yang dulu...
(Sekarang pun bukanlah sepenuhnya aku yang baru)

Tapi aku yg sedikit baru ini
banyak sudah belajar mengawal baran aku

Aku harap aku akan tetap menjadi semakin "baru"

Kalau bukan kerana 'didikan' yg selalu ingatkan aku
Akan sabar di atas sabar...
Aku mungkin sudah lama memaki kau sesedap rasa

Aku tak nak jadi manusia yg puas seketika, lepas tu menyesal selama-lamanya.

Ya Allah... sabarkan aku.. amarah itu bukan sifat pilihanMu, jadi aku tak mahu..

#Kau dah bertahan 2 tahun, bertahanlah lagi.. lagi.. dan lagi... selamat berjaya kpd diri sendiri.