Tuesday, 26 March 2013

Oh, maaf, maaf, maaf

Bismillahirrahmanirrahim...

Hmm...
Maaflah... bukan kebiasaan aku untuk bercuraheart

Kerana aku rasa setiap masalah itu datang
agar kita belajar dari kehidupan

Bukan untuk belajar dari kata-kata orang lain
Maaf sekali lagi.
Aku bukan sombong atau pesimis.
Cuma aku rasa orang akan beri nasihat berdasarkan pengalaman hidup dia saja.

Kalau dia kata, 'aku faham keadaan kau'
Oh maaf sekali lagi, aku tak percaya.
Kau dan aku melalui jalan yg berbeza, liku yg tidak sama.
Jadi, apa yang kau faham..?

Tersalah langkah dan buat silap,
Itu bukan kerana kita ini buruk dan teruk,
Tapi itulah buktinya kita ini manusia.
Tak sempurna.

Daripada meminta nasihat org lain, yang belum tentu
boleh pakai ke tidak,
Baiklah minta nasihat yg mencipta kita dan masalah itu.

Memang selalunya taklah masalah itu lenyap sekelip mata
Tapi sekurang-kurangnya aku dapat ketenangan menghadapinya.
Masalah merunsingkan bila kita rasa tak tenang bukan?

Tak bercuraheart pada sesiapa bergelar manusia,
Memang ada tikanya aku akan rasa sesak di dada.
Sakit tak terhingga...

Tapi tak sesakit dan sesesak andai orang yang dipercaya hanya tambah merunsingkan kepala
bila dia tak pandai menjaga mulut tempayannya.. kehkehkeh..manusia oh manusia...

Dalam Al-Quran Allah sebut cara menghadapi ujian ialah dengan sabar dan solat. 
Mungkin itu memadai tanpa perlu sesi curaheart..