Wednesday, 27 February 2013

priority dan responsibility

Bismillahirrahmanirrahim...

Haihh...

Hakikat yang berlaku di negara terchenta buat masa ini, ada tiga perkara yang akan hangat dibahas, dibincang, di beri fokus utama apabila dibangkitkan.

1. bab cintan- cintun, couple, kahwin

2. politik

3. isu hina agama

Secara personal, saya beranggapan tiada salahnya mengambil tahu hal-hal ini, malah antara sepuluh muwasafat tarbiyyah yang digariskan Imam Hassan Al-Banna juga terselit salah satunya ialah :

Berpengetahuan luas.

Tetapi setiap perkara itu jangan dilakukan secara melebih-lebih. Nanti lain endingnya. Bukan apa, kalau bicara soal cinta dan couple tak payah cakaplah, mata, telinga semua terbuka luas excited nak ambil tahu. Takda salahnya, tapi jangan sampai lupa yang mana priority yang mana responsibility. 


Saya tak nafikan, kalau dulu saya juga pesimis bab couple dan kahwin ni, sebab terlampau kerap dibincangkan, tahap pesimis tu dah sampai tahap macam ni:

'hei! dah takde benda lain ea nak pikir? tak abes-abes'


'aduhh couple, couple...dunia ini luas dan sarat dengan isu lain lah..'

'weyh...aik-asik bakal imamku, bakal makmumku, imam tu ade 5 waktu kat masjid, x pulak kita kisah.'

Namun pandangan saya juga sudah berubah sejak ehem..ehem..jatuh cinta dengan tarbiyyah ini. Kerana membina baitul muslim itu antara sunah terbesar Rasulullah saw, dan kerana ini fitrah manusia ciptaan Ilahi, jadi siapalah saya utk menafikan hanya kerana telinga ni dah naik bosan dengan isu ni. Sekali lagi, baitul muslim antara sunnah terbesar nabi, mahu tahu apa sunnah teragung lagi berprestij Rasulullah saw?

Itulah dia dakwah dan tarbiyyah...

(Ada sekarang sape-sape yang tahap keterujaannya masih sama seperti saat bicara soal kahwin tadi?? kihkih) ehh

Sudah boleh nampak mana satu priority, mana satu responsibility?

Isu kedua, politik...aduhh bila bicara soal ini, amek tahu salah, tak amek tahu pun salah...Tapi lebih baik amek tahu daripada seperti katak bawah tempurung dan akhirnya jadi seperti kerbau dicucuk hidung. Sebab tak tahu langsung, sampai kadang-kadang orang buat lawak sarcastic pasal isu politik yang tengah hangat pun dia tertinggal sorang-sorang blur seribu bahasa. Hahaha~ sumpah kelakar bila terbayang situasi ni.

Cuma sekali lagi, jangan melebih-lebih, cukuplah ambil tahu agar menjadi rijal yang bisa menilai hitam dan putih dan untuk memenuhi salah satu muwasafat tarbiyyah. Jangan sampai menghukum orang lain itu ini, komen kat utube sampai hampir terserlah kejahilan sendiri dan lebih teruk mencalarkan imej agama suci ini, dan lagi jangan sampai apa yang keluar dari mulut kita ialah fitnah/tuduhan (naudzubillah) hanya kerana mahu memenangkan ideologi yang belum tentu diterima di sisiNya.

Isu ketiga, bab hina-hina agama ini..Astaghfirullah..istighfar dulu sebelum kupas isu ni.

Orang melayu, pantang kan kalau usik sikit bab-bab agama dan hak istimewa ni. Sensitiviti lah katakan...sensitif tak salah, yang salah bila melampaui batas. Mereka yang tersinggung bila disentuh soal agama ini sekurang-kurangnya masih punya hati terhadap agamanya insyaAllah...tapi agak-agak kalau Rasulullah masih hidup kan

Antara baginda dihina, dan agama ini dipermain-mainkan mereka yg hakikatnya belum faham dengan melihat mereka-mereka yang mengaku umatnya tetapi solat pun kadang-kadang, aurat pon tutup on off, al quran bukak seminggu sekali, tak jadikan sunnah-sunnah baginda amalan, bermaksiat sana-sini, fitnah-memfitnah, mengkafirkan orang lain, meninggalkan dakwah, and so on..mana yang akan buat baginda menangis?

Allahu allah...mahu buktikan kecintaan kita terhadap baginda dan agama ini tak perlu bersusah payah berdemonstrasi di depan embassy sambil berteriak-teriak, tak perlu menghamburkan kemarahan di fb atau utube, tak perlu memakai tshirt, memegang sepanduk 'stop insulting our prophet', kalau nak buat juga boleh...tapi jangan lupa, apalah semua ini tanpa tindakan dari diri sendiri. 

Saya masih ingat lagi semasa demonstrasi besar-besaran membantah filem Innocence of Muslims tempoh hari..sambutannya menggalakkan tapi ada yang mengkhabarkan bahawa terdapat peserta yang miss solat fardhu asar mereka dek kerana sibuk berdemo.. ini hanya khabar, hakikatnya saya tidak melihat sendiri. Moga tidak benar.. dan kalau benar, ibrahnya di sini, kita ini siapa sebenanrnya? Benar-benar pencinta Allah dan rasulnya atau hanya manusia yang fikirannya mudah digula-gulakan pengaruh luar?

Kerana kemenangan islam hakikatnya bermula daripada perubahan-perubahan kecil yang kita mulakan dari diri sendiri. Sekecil-kecil perubahan yang kita mulakan dengan niat keranaNya dan agama ini insyaAllah lebih dipandang Allah daripada suara-suara kasar yang akhirnya hanya membuat mereka yg memprovokasi tergelak besar kahkahkah melihatnya. Prophet Muhammad pbuh never ask people to respect him, He gained respects! By his noble doings and acts. 

Akhir kata, jangan hanya lantang bersuara...actions speak laouder than words :)

Tulisan ini, untuk saya dan semua yang membaca. Moga ada manfaatnya, moga tak terhalang ibrahnya dek dosa-dosa saya yang menimbun banyaknya..

Wallahualam...

Thursday, 21 February 2013

The impossible: Not for Him

Bismillahirrahmanirrahim...

Beberapa hari ni, Kak Hani dan Ada 2-3 kali recommend nengok movie the impossible. A story about tsunami 2004 in Thailand. Finally nengok jugak arini..

Real woo..tsunami dlm movie tu, rase lah ketakutan dan kesakitannya.

Tsunami yg real berlaku tu aku percaya lebih-lebih lagi menakutkan dan menginsafkan..Allah..

So, lepas abes nengok movie tu, aku open web youtube.com, nak mengimbas kembali kenangan kehangatan berita-berita tsunami 2004 dulu. Nak tengok yg real.

Dulu memang ade dgr among the tall, prestigious, known buildings, finally the mosques which survived the killing waves. Subhanallah...

Dulu yg mcm famous, masjid Baiturrahman di Acheh tu. I thought it's the only building which survived, but no, there were 28. And guess what, all 28 are the mosques.. subhanallah subhanallah..

Masjid, binaan yg selalunya kita nampak simple je..bukannya masjid-masjid tu dibuat drp besi, emas ke permata yg tahan lasak kan. Itulah...

Allah shows you His signs. Now which sign of Allah do you disbelieve? (40:81)


Aku percaya mangsa-mangsa tsunami yg masih hidup must have learnt something..baik yg muslim ataupun yg bukan.

Saudara-saudara seakidah, kita hidup berTuhan, punya mata utk melihat, telinga utk mendengar dan hati utk menginsafi. Bukan free2 jek Allah bagi tu tau, memanglah free x kena bayar tp pasti ada hikmahnya bukan.

“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada.”(Qs. al-Ḥajj [22]: 46).


Kita-kita yang alhamdulillah tinggal di kwsn luar lingkaran api pasifik ni, ambillah ibrah dan pengajaran. Dont be so sure, kun fa yakun jerr..dlm ke luar lingkaran api pasifik kalau Allah mahu sesuatu yg baik atau buruk berlaku, takda kuasa yg mampu menghalangnya... 

Makin lama pun tgk bencana alam ni kat mana-mana jadi. Boleh kata setiap hari. Husnudzon, Allah bukan mahu menghukum semata-mata sebaliknya mahu kita kembali padaNya.

Peringatan utk yg menulis dan semua, insyaAllah..

Wallahualam...




Saturday, 16 February 2013

berjalanlah...

Bismillah...

Aku ni...dari dulu lagi, memang mudah jatuh hati,

Jatuh hati pada tempat-tempat cantik dlm dunia ni,

Cepat aje hati ni rasa nak pergi tengok sendiri.

Baru-baru ni, anugerah dan rezeki dari Ilahi, akhirnye dapat aku jejakkan kaki ke negara Fatih, Turki dan negara Salahuddin ayubi, Egypt.

MasyaAllah! Mata aku tak tipu selama ni, memang bersebablah aku jatuh hati, indah.

Saat belayar di selat Bhosphorus itu, ada terlintas di hati ini:

'Nak settle down sini je rasa, possible tak satu hari nanti?'

(ketawa kecil)

Bukan pertama kali monolog macam tu terlintas dlm hati ni, boleh katakan setiap kali jejak kaki ke tempat tenang, indah dan permai. Monolog yg hampir sama terkeluar.

Alhamdulillah, Turki dan Egypt mmg antara ngra yg dah lama nak jejak. Boleh cut dah dua ngra drp wishlist melancong.

Bhosphorus river


Fatih, since he was child,  often brought by his mother to this river and see Konstantinople which situated at the other side. Her mother often remined him that he is the one who would bring down the Byzantium and bring islam to that unbreakable city. As a child, he used to ask his mother, in what way could can he conquer the land? His mother answered, by KNOWLEDGE and POWER.

To see the same river Fatih used to see when he was alive is such a greatttt feeling, praise be to Allah =)

Masa muda ni ialah masa mengumpulkan sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman. Tak kiralah dari mana-mana atau apa-apa pun. That's what youth do! Masa muda bukan utk bersuka ria tnpa beri kita apa-apa apa-apa makna 10 tahun akan datang.


Mafhum Hadis“Tidaklah akan bergeser kaki seorang hamba di Hari Kiamat kelak sehingga mereka ditanya empat perkara.Tentang Usianya untuk apa dihabiskan,tentang masa depan mudanya untuk apa dipergunakan,tentang harta dari mana dia dapat dan untuk apa dinafkahkan,dan tentang ilmu untuk apa diamalkan“(HR Al-baihaqi dan selainnya dari hadis Muadz Bin Jabal.Hadis inijuga diriwaytkan oleh At-Tirmidzi dengan lafaz yang berbeza dari Abu Barzah Al-Aslami.Menurut beliau hadis ini tergolong Hassan Sahih(lihat Al-Muntaqa Min At-targhib wa Tarhib karangan Al_qaradhawi:1/131 no 85)



Surah ArRum. Ayat 042.
Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.

piramid, giza
antara tempat yg Allah biarkan masih ada di atas muka bumi
utk kita mengambil ibrah drp kisah kekufuran Firaun.

Kalau rasa nak belajar perkara yg lain dari yg lain, pergilah berjaulah, serius tak tipu



******************************************************************************

bukan dalam usrah aje ada tarbiyyah,

melihat lukisan Allah juga satu ialah tarbiyyah.

melihat pelbagai bangsa, budaya dan bahasa juga ialah tarbiyyah.

merasa susahnya bermusafir juga ialah tarbiyyah.

yes, nature is tarbiyyah but that also depends on how we treat the nature ok ;)


Ada org cakap dgn sy, 'melancong je kejenye dapat apa? Abehkan duit je, x pikir masa depan langsung'

(ohh, i m hurt =P)

Jawapan sy mcm ni je: Ramai sgt org asyik fikirkan masa depan, tak salah fikir masa depan tapi sampai dia lupa masa yg sekarang ni. Jangan lupa ye, masa kita yg sekarang nilah yg mencorak masa depan nnti. Menyimpan tu memang betul tp kalau sumenye pon nak simpan je, duit je byk, otak kosong, pengalaman hidup seciput, sume benda pun tak tahu apa gunanya. Duit tak bawa mati. Labur duit tuk ilmu dan pengalaman, sy x rase rugi pon. 

Bacalah ayat quran kat atas tu, Allah sarankan kita bermusafir, kalau Allah yg sarankan, x mungkin benda tu tak bermanfaat. Bagi students yg takut duit tak cukup nak buat kahwin, hahaha dont worry leave it to Him, aishh kamu masih kurang yakin pada rezeki dan ketentuan Ilahi ke... 

Emm sebenarnya masih pikirkan cara nak tulis entry yg mcm mane nak sharing dgn org lain psl jaulah aritu, any idea? Ilham x dtg lagi ni, still working on it. So this is for now.

#Is it too much to say this entry is for that person who asked me that typical question above? hihihi lucky that person isnt a follower =P