Saturday, 19 January 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

hmmm...

tibe-tibe je malam ni sesuatu menerpa benak fikiranku..(aduihh ayat skema tetibe) =P

Dah setahun lebih ni join tarbiyyah thru usrah ni, ade perubahan ke takda ni?

Perubahan apa?

Perubahan hati, pemikiran, akhlak dan amal lah.

Eh,  yg menulis, setahun lebih tu bukan sekejap tahu...

Setiap tahun, umur bertambah tahu, mati itu makin dekat tahu, dan dakwah ini makin lama makin maju sama ada kamu sedar atau tidak tahu, sama ada dengan atau tanpa kamu tahu...

Semakin ramai org kembali ke jalanNya...kamu termasuk salah satunya...ke???

Atau melukut di tepi gantang saja?
(peribahasa melayu bermksud ada atau tiada, tidak membawa apa2 kesan)

Dulu, kamu mula-mula masuk tarbiyyah ini,

Saat itu kamu telah ditapis oleh Allah utk menjadi salah satu yg merasa nikmat kecintaanNya.

Tapi kalau responnye mcm nak tak nak, mcm mana nak terus melangkah

Aku tak nafikan, ada kalanya aku rasa sesetangah perkara dlm tarbiyyah ini berat juga utk di digest, lantas aku memilih untuk meninggalkannya.

Aduhh, bila fikir balik, apa punye lemahlah aku ni. Baru di beri pengisian berat sikit terus rasa down. 

Terasa seperti segala amanah dipikul di bahuku yg lemah ini.

Perasaaannn...

Hei! Kalau tak mampu Allah takkan beri tugas ini kat kamu tahu, dan jgn perasan kamu sorang-sorang aje dlm jalan ini. Allah memilih sebatalion tentera utk memikul tugas ini. Kerana terlalu sayangkan kamu, Allah hantar hamba-hambaNya utk sampaikan cintaNya melalui ukhwah yg terbina.:') 

Kerana terlalu sayangkan kamu, Dia menghantar naqibah yg sweet yg telah terlebih dahulu merasa kemanisan cintaNya utk berkongsi ilmu :')

Kerana terlalu sayangkkan kamu, Dia menghantar teman seusrah yg bersama-sama kamu berjuang menewaskan jahiliyyah :')

Kerana terlalu sayangkan kamu, Dia menghantar kamu ke negara atheis agar kamu sedar nikmat lahir sebagai islam itu :')

Kerana terlalu sayangkan kamu, selepas ditarbiyyah Dia melahirkan pula rasa manisnya mentadabbur Al-Quran itu, agar kamu rasa Dia itu amat dekat denganmu.

Kerana terlalu sayangkan kamu, Dia mengirim ujian demi ujian agar kamu membesar sebagai rijal yg kental, tak takut menghadapi apa pun halangan. Yang lebih sweet Dia mengirim ujian supaya kamu selalu kembali padaNya memandangkan kamu selalu lalai bilamana masa senang dikirimkanNya :')


Masih mahu beri alasan..?

Baiklah penulis...baca balik apa yg kamu tulis 












Tuesday, 15 January 2013

#listen

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni hari #listen sedunia kah..? muahaha

hukhuk...before we want others to listen, we have to listen first okay. Only then we can analyse and assess the main point of a long speech.

Patutlah semalam bila kawan tanya da tengok video forum mahasiswa?

Aq jawab belum. Pastu tanaya dia ada apa-apa isi yg berfaedah ka?

Dia kata, takda. Tapi not bad utk beneficial entertainment..

haha beneficial entertainment?!

Lepas tgk baru faham. Maksud beneficial entertainment die tu.

Aq bukan nak tulis tentang miss Bhavani or mrs Sharifah Zohra Jabeen, aq nak tulis tentang apa yg ada dlm vid ni.

People, the main point is learn to respect others. Kalau kita rasa apa yg jadi dlm vid tu ialah ketidakrespectan seseorg terhadap seseorg yg lain, dan kita rase itu salah. Jadi jgn buat.

Kita dok marah, kritik dia ni tak hormat dia ni, lepas tu komen kat utube, twitter, fb dgn mencaruting. Itu nilai hormat kah? apakah sy duduk di planet lain? sehingga org boleh keliru dgn makna sebenar respect ini?

Bila mereka mencaruting, mereka yg lain terbaca perkataan tu, and rase disgusted, irritated. jelas di situ pencaruter x hormat viewers lain.

Next, people...please don't ask others to respect us, we have to gain respect! Itu terbukti zaman berzaman. Apakah hanya kerana dia seorg yg lebih tua drp kita, kita memang kene give full respect? No!

Tapi itu lah yg selalu berlaku sbb kebanyakan org yg lebih tua mmg bersikap lebih matang, lebih byk makan garam, tahu baik buruk tindakan kita so we give them our respects. Kebanyakan...x bermakna semua. 大部分跟都不一样。

Tapi kalaulah org yg lebih tua, tapi  dia seorg penagih dadah or perompak berkaliber or suka mencarut sana sini or rampas mikrofon org lain mase org tgh becakap (ehh!) or apa-apa sahja kelakuan yg x menepati piawaian utk diberi penghormatan, wajarkah diberi full respect??

Full respect mcm x bole lah kan..

Tapi bagi aq  setiap manusia tu layak diberi penghormatan sbgi manusia juga, kerana taraf kita dgn haiwan kan x sama, jadi hak juga pasti tak sama bukan...? (ehh lagi) Iyalah, manusia itu tugasnya diberi oleh Allah menjadi khalifah. Di situ logiknya alasan hak itu okay~ ;)

If we want others to respect us, we have to respect others first.

Wahaha~ kelakar, kelakar jugak..tengok vid tu jgn tengok saje, ambil sekali intipatinya. Nampaknya mahasiswa di Malaysia ada yg sudah berani tampil bersuara. Tidaklah hanya mengangguk ya sahaja. Betul atau tak pendapatnya bukan itu soalnya, itu boleh dinilai selepas mendengar keseluruhannya.

Apa yg lebih penting, remaja akhirnya mula belajar membebaskan diri drp kepompong pemikiran sempit dan cetek yg selama ini kita hanya disogok agar menjauhkan diri dari isu2 semasa dan politik di luar sana. Silap itu! Bukankah salah satu muwasafat tarbiyyah itu membicarakan tentang muslim yg berpengetahuan luas? =) *senyum

#listen to Allah and prophet Muhammad pbuh, and do!

pesanan penaja: berhentilah mencarut *peace