Saturday, 17 November 2012

Ttitik pertemuan (intersection point)

Bismillahirrahmanirrahim...

   Kai menghulurkan tangannya ke luar tingkap, hujan lebat di luar. Dari tadi dia asyik mendengar bunyi air hujan jatuh membasahi bumi, tenang, bisik hatinya. Dari dulu dia memang gemar mendengar bunyi air mengalir, air hujan, air terjun, pukulan ombak di pantai, rasa damai. 

  Sambil menghulurkan tangan merasai air hujan jatuh di telapak tangannya, dia tersenyum. Dia tidak seperti manusia lain yang seusianya. Allah menciptanya istimewa. 19 tahun sudah hidup dalam keistimewaan itu, dia hari ini masih mampu tersenyum, bersyukur memiliki nyawa.

  "Kai, makan jom, mak dah siapkan makan tengah hari ni"

  "Ya, mak"

  Kairun- anak tunggal Encik Hakimi dan Puan Roslin, ibu bapanya orang senang. Bapanya seorang pensyarah, ibunya pengarah urusan sebuah syarikat software. Dia membesar dalam suasana memiliki segalanya. Pendidikan, harta, kasih sayang. Adilnya Allah, tiada manusia yg sempurna hidupnya, walaupun dari segi surrounding Kai dikira cukup bertuah tetapi sejak lahir lagi dia sebenarnya sudah diuji kekuatan mental dan fizikalnya.

  "Kai, ayah dah uruskan semuanya untuk Kai sambung pengajian kat Auckland. Tapi Kai sungguh ke nak pergi ni? Mak risaulah, sambung belajar kat sini pun okay kan Kai? Kenapa nak pegi jauh-jauh ni?"

 "Mak, kan kita da bincang habis aritu, Kai betul-betul nak pergi. Mak risau ke? Da 19 tahun Kai mcm ni mak, insyaAllah Kai boleh jaga diri. Kai yakin sebab mak dgn ayah didik Kai baik sekali."

 "emm..yelah, mak yakin anak mak boleh, tapi Kai, mak dgn ayah akan selalu datang sana tengok Kai tau"

 "Yelah mak" (tersenyum)

  Puan Roslin benar-benar risau sebenarnya, x yakin sama ada anaknya mampu melakukan semuanya seorang diri.

  Selepas makan tengah hari, Puan roslin dan Kai solat zohor berjemaah, kemudian Kai pulang ke biliknya. Selangkah demi selangkah, seperti selalu, dia memang tidak bisa berlari ke sesuatu tempat. Setiap langkahnya diambil dengan penuh hati-hati. Puan Roslin memerhati anaknya dari belakang, gusar melihat anak kesayanggannya itu.

  Kai menarik kerusi di mejanya, dengan telekung yg masih terpakai kemas. Dia duduk. Menarik sebuah kitab di atas mejanya hampir. Dia membukanya,  lantas membaca Al-Quran bertulisan braille di hadapannya.
Dari kejauhan, Puan Roslin sebak melihat anaknya itu. Sebak melihat jari-jemari halus anaknya tekun meraba-raba halaman Al-Quran braille itu. Mendengar suara lunak anaknya yg tidak berpenglihatan mengalunkan ayat-ayat suciNya setiap hari mengharukan Puan Roslin. Dalam masa yg sama dia lega, anaknya menerima kekurangan dirinya dengan baik dan reda.


  Puan Roslin masih ingat saat pertama kali anaknya itu mula petah berbicara, Kai menyebut,

 "Mak, mana mak? Kai tak nampak, Kai tak nampak apa-apa mak"


   Berjurai air mata Puan Roslin ketika itu, Kai dilahirkan buta kerana urat kornea matanya tidak sempurna. Dan ianya tidak dapat digantikan kerana untuk mengganti mata, perlu ada penderma, hingga hari ini tiada yg rela menderma mata buat anaknya. 

  Kai seorang remaja yang tenang, dia sudah biasa. Sudah biasa kegelapan. Seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat wajah sendiri. Dia kepingin sekali melihat wajah orang tuanya yang memeliharanya bagai menatang minyak yg penuh. Dalam pikirannya selalu terbayangkan wajah mereka.Bohonglah andai dia kata tidak pernah punya keinginan menjadi seperti org lain yang mampu melihat keindahan dunia ciptaanNya. Namun dia menerima takdir ini dgn reda. 

  Selesai membaca Al Quran, air mata Kai berlinang..


 "Bagaimana agaknya rupa al quran ini?" bisik hatinya.

 "Ya Allah andai Kau beriku peluang hanya sekali untuk melihat segalanya, aku akan jadi hambaMu yg paling bersyukur" bisik hatinya lagi sambil air matanya terus membasahi halaman kitab suci itu.


********************************************************************************


Anny- Annisa, remaja seusia Kai yang sejak dilahirkan di Malaysia tetapi membesar di Auckland. kehidupannya tiada cacat cela. Kaya, berpendidikan,   jelita, punya ramai teman dan ibu bapa yang memberi segalanya untuk dia. Tapi sayang, Anny seolah-olah tidak punya hati sebagai seorang islam. 

   Pulang dari Auckland Bar and Lounge tepat jam 3.00 pagi. Bapanya menanti di ruang tamu. Dengan muka slumber dan dalam keadaan mabuk dia melintasi bapanya yang meradang melihat anaknya.


 "Annisa, kamu ke mana? pagi-pagi buta baru nak balik?!"

 "Bisinglah papa, Anny penat ni, esok jek lah membebel"

 "Annisa, apa nak jadi ni?! makin lama makin teruk, dah lama papa tak tengok kamu solat, mengaji quran jangan haraplah. Sedar tak sebab tu kamu jadi mcm ni, balik rumah mabuk-mabuk, baju pun da xda rupa baju, terbukak sana sini. Papa dgn mama rasa tak kurang bagi didikan agama pada kamu"


 "Papa! Anny jadi mcm ni sebab papa dgn mama tau! Dulu papa dgn mama x mcm ni ke? Kalau x dari mana Anny belajar papa?!"

 Bapanya terdiam mendengar kata-kata lantang anaknya. Ya dulu mereka juga liar, menunjukkan contoh buruk pada anknya, saat mereka sudah kembali ke pangkal jalan, saat itu sudah terlambat untuk anaknya. Anny membesar sebagai remaja liar, dan tidak mahu lagi mendengar cakap ibu bapanya.


Anny terus berlalu pergi masuk ke biliknya kemudian menghempaskan pintu. Sedikit pun kata-kata bapanya tidak meresap dalam hatinya. Keras sungguh hati remajanya itu. 

*********************************************************************************


  Kai sudah bersiap untuk bertolak ke Auckland, diiringi seorang jururawat merangkap penjaga yg diupah khas oleh ibu bapanya untuk menjaga Kai. Di lapangan terbang KLIA mereka mengucapkan selamat jalan kepada ibu bapa Kai. Kai berlepas ke Auckland.

 Anny masih sedikit mabuk, dia bangun lalu membersihkan dirinya. Bersiap untuk ke lapangan terbang Auckland menjemput teman lelakinya, Chris yang baru pulang dari Amerika.



 Kai dan Anny melalui jalan hidup yg begitu berbeza.

 Sama ada Kai atau Anny, kedua-duanya tidak tahu bahawa jalan hidup dan takdir mereka bakal bertemu di satu intersection point. Intersection point yg akan mengubah hidup mereka selamanya...

Friday, 16 November 2012

Persoalannya, apakah kita sebahagian daripada kemenangan itu?

Bismillahirrahmanirrahim...

1 Muharram 1434, hadiah yg dunia ini dan seisinya beri kpd umat islam di Palestin ialah pengguguran bom, pembunuhan besar-besaran, keganasan tidak berperikemanusiaan.

Aku hairan, seperti biasa, kalian semua masih menuding jari kpd yahudi, us, McD, starbak dan yg seangkatan dengannya.

Apa kata, tudingkan pula jari itu kepada diri kita sendiri? dan kita yg konon-kononnya membawa nama muslim ini,mewakili agama kita, mewakili saudara2 seagama kita di seluruh dunia.

Wahaiiii.....yahudi, nasrani itu memang musuh islam lama sebelum Al-Quran diturunkan lagi, memang x peliklah kalau ini hadiah yg mereka beri sempena tahun baru hijrah.

“Tidak akan sesekali redha yahudi dan tidak pula nasara sehingga kamu mengikuti jalan mereka” 


Kita patut hairan,mengapa dunia islam khasnya, membisu?


Mengapa OIC dan Arab League seolah-olah kaku?

Bukankah tanggungjawab setiap muslim, mempertahan Aqsa dan tanah Palestin itu?


Mengapa di saat ini, dunia politik dan soal mahu memboikot McD atau tidak yg panas dibahaskan?

Hari ini, masih ramai lagi yg tak pernah tahu apa sebenarnya terjadi di bumi berkat ini


Hari ini, masih ramai lagi sedang keliru mahu i phone atau s3

Hari ini masih ramai lagi berangan-angan mahu majlis perkahwinan mcm tu,mcm ni

Hari ini masih ramai lagi yg kdg2 solat kdg2 tidak, ikut mood sendiri

Hari ini masih ramai lagi yang letak al quran di wardrobe plg tggi, tapi x pernah baca walau sekali

Hari ini masih ramai lagi yang berkira-kira mahu buat baik atau tidak, takut malu dgn kwn2 sendiri

Hari ini masih ramai lagi tidak sedar malaikat sentiasa mencatat kebaikan walau sebesar kuman, walau hanya doa ringkas kita titipkan buat saudara di Palestin

Hari ini masih ramai lagi sibuk merintih beratnya dugaan diri sedangkan yg di sana tiada masa mahu memikirkan diri sendiri kerana maut sentiasa menanti

Hari ini di bumi lain suami isteri, ibu bapa bermesra bersama anak-anak yg disayangi, yg di sana ada isteri yg x pasti akan kepulangan suami, ada bapa yg syahid sebelum melihat kelahiran anak sendiri, ada isteri diperkosa di depan anak sendiri, ada anak yg tidak pernah melihat bapanya, tetapi bangga kerana ayahnya tercatat sebagai syuhada' agama ini.

Hari ini kita punya pilihan mahu jadi itu atau ini, pilihan mereka hanya satu, berdepan zionis dan gugur syahid mempertahankan hak yg dicabuli.

“Barangsiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka”

Bukan meminta mengangkat senjata, apalah kiranya meluangkan sesaat dua titipkan doa buat mereka. Orang Palestin x tahu, Allah tahu.


“kelak ummat-ummat lain akan menggerumuni kalian seperti orang-orang lapart menggerumuni hidangan”

Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah ketika itu bilangan kamu sedikit ya Rasulullah?” 
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn” 

Sahabat bertanya lagi, “Apakah wahn itu ya Rasulullah?” 

“Cinta dunia dan takut mati”


Aku rasa kitalah buih-buih yg dimaksudkan baginda. Perit tetapi inilah kebenarannya. Pernahkah terlintas mengapa hingga hari ini Allah tidak lagi menurunkan bantuanNya kepada kita untuk menawan semula BaitulNya di Palestin?

Hikmah sebenarnya hanya Allah yg tahu. Allah juga sebaik-baik perancang.

Tetapi aku rasa, kita ini tidak layak menerima bantuanNya. Kita belum laksanakan tanggungjawab kita sehabis baik. Membebaskan Palestin amanah bagi setiap muslim, jadi kenapa kita semua seperti pekak, bisu dan buta membiarkan umat di sana terkapai-kapai ditindas, diseksa.

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati ALLAH dan RasulNya, dan janganlah sesekali kalian mengkhianati amanah kalian sedankan kalian mengetahuinya”

Lihat semula hari ini kita jadi apa?  masih mahu menyalahkan yahudi, nasrani semata-mata? kalau merka salah, kita 3x bersalah.

Masalah terbesar ialah kita, umat islam sendiri. Yang dianugerahkan syahadah sebaik melihat dunia, tetapi entah di mana kita campakkan nilai islam sehingga ianya tinggal title semata.

Mereka sudah syahid, selesai sudah tugas mereka di dunia, disambut Allah dengan begitu mulia. Barangkali ketika ini mereka sedang tersenyum bersama baginda dan sahabat di syurga sana, menanti para syuhada seterusnya menyertai mereka.

Wahai diri sendiri dan umat islam semua, kemenangan islam itu pasti! Itu janjiNya, siapakah yang lebih menepati janji kalau bukan Dia.

Persoalannya, apakah kita sebahagian daripada kemenangan itu?