Friday, 13 July 2012

Raudah Abi Waqqas

Bismillahirrahmanirrahim....

Pagi itu, dia bangkit dari tidur dengan matlamat hari itu mahu tunaikan hajat yg tak tertunai sejak 4 hari lepas. Haihhh sejak hari pertama dia tiba, sangkaannya pada destinasi pelancongan yang dipilihnya itu meleset sama sekali... apa yang diharapnya tidak kunjung tiba, yang ada cuma hampa. Itu saja yang ada dalam pikirannya...Niat asalnya dia mahu jalan-jalan, makan angin sambil bershopping sakan di sana, tapi tak jumpa2 tempat yg betul utk itu semua...

'hehh, tempat ni indah khabar dari rupa lahh...mana entah tempat shopping yg konon-kononnya best sgt tu'

dialog yg lebih kurang sama ni laa yg selalu keluar dari mulutnya...nampak laa dia sedang hampa. Rasa mcm sia-sia jek spend masa, duit, tenaga dtg tempat jauh nihh, naik train 20 jam, sakit pinggang dia memang tak terkata, tapi nak cari beg dan baju Marc Jacob, Longchamp, Prada, CK dan Gucci murah punye pasal sakit tu tolak tepilahh...dari utara ke selatan dia merantau mencari apa yg nafsu dia mahu tu...

Hari itu hari jumaat, cuaca pagi itu mendung, excited dia nak pegi cari Prada dan Gucci apabila tiba-tiba kawannya kata,

'harini kita gi masjid yg femes tu dulu la, lepas tu baru gi shopping kay?'

'okay'

dia menjawab tanpa apa2 perasaan, iyelahh nama pun travel, kenelah pegi tempat2 fames nihh, snap pics, bukti kalau org tnye da penah gi ke belum, dengan senyum bangga boleh la tunjuk =pp

Perjalanan pegi masjid fames tu x jauh pun, dalam 10 minit jek naik subway dari apartment yg dia dan rakan-rakannya sewa tu. Turun subway, jalan kaki lagi 5 minit, sampailah.

Otw pegi, ada juga terlintas dalam kepalanya, kenapa masjid tu fames? sebab tu satu-satunya masjid kat situkah? iyelahh travel kat negara atheis nihh, masjid jadi  fames mcm Istana Buckingham, London. Kat masjid tu nnti gambar2 nya dia mahu abadikan, tak berniat nak tinggalkan kenangan solat pun kat situ.

Pintu masuk masjid tu mmg menampakkan masjid tu fames, ramai org keluar masuk. Dia semakin eager utk tahu apa ada di dalamnya, semua masjid kan lebih kurang sama, ada tempat solat lelaki/wanita, tempat amek wuduk. Masjid yang maju skit, paip amek wuduk ade pengesan haba, mimbar tempat bagi khutbah cantik, dan ade dua tingkat, nak naik tingkat dua bole pakai escalator..hehh tapi xkan masjid ni fames benar sebab itu. Biasanya kalau masjid fames mesti sebab seni binanya lain dari yg lain, huhuhu banyak sekali perkara bermain dalam fikirannya.

Dia melangkah perlahan masuk ke dalam kawasan masjid itu, mahu lihat seni binanya, cantik memang cantik tapi seni bina itu biasa sudah dilihatnya di banyak masjid lama. Jadi apa yg lainnya?

Dia melangkah lebih jauh hingga terserempak papan tanda biru bertulis

'Pavilion of three martyrs'

Martyrs? waaahhh ade makam syuhada' dalam ni. Dia melangkah menghampiri pavilion yg terpaku di dindingnya penerangan tentang tiga org syuhada' yg dimaksudkan itu, Terdetik rasa kecewa, dia benar2 ingin tahu asal usul kesyahidan tiga syuhada' itu tapi dia tidak faham bahasa arab. Yang dia faham cuma Bismillahirrahmanirrahim yg menjadi pembuka kisah tiga syuhada' itu.

Dia melangkah lagi menuju hadapan makam tiga syuhada' itu, saat itu hatinya merasa sesuatu.

'Ini pertama kali aku 'bertemu' syuhada', dah banyak aku travel, tapi tak pernah terlintas utk menziarah makam org2 yang mulia di sisiNya.'

Sesudah membaca alfatihah di hadapan makam tiga syuhada' itu, dia berjalan lagi...meuju tempat yg dilihatnya begitu crowded dengan kehadiran org islam dari  pelbagai negara dan bangsa.

'Ok, jadi inilah sebabnya masjid ni fames sgt ye'

Dia masih tidak pasti apa yang bakal dilihatnya tapi dia tahu apa yang bakal dilihatnya pasti itulah yang menjadikan masjid ini begitu popular.

Dia cuba menyelitkan diri dalam keramaian orang itu, hingga apabila dia berjaya meloloskan diri, dia melihat sebuah bilik kecil di atas pintu masuknya ada papan tanda bertulisan Arab..

'Raudah Abi Waqqas'

Dia melangkahkan kaki masuk, dia melihat ramai sekali orang duduk di sekeliling makam itu, sambil membaca Yaasin dan ayat-ayat suci Quran lain. Setiap kali ada yang keluar seusai membacakan ayat-ayat Quran di hadapan makam itu, pasti ada saja org lain pula masuk utk melakukan perkara yg sama. Tidak putus orang menyedekahkan kalam Allah untuk ruhnya, bertuah sungguh. Dia pasti setiap hari keadaannya begitu, ada saja yg datang menziarah makam abi Waqqas ( dia mengira itu pasti makam Abi Waqqas kerana itu yg tertulis di pintu depan) Dia tidak mengenali siapa Abi Waqqas itu.

Dia duduk di situ, melihat keadaan sekelilingnya, dia terlupa langsung bahawa dia masuk ke situ utk snap beberapa pictures sebenarnya. Dia jadi hiba, lalu mengambil senaskhah Yaasin di hadapannya dan terkumat-kamit membaca ayat-ayatNya itu. Dia tidak tahu siapa Abi Waqqas itu, tapi dia punya rasa utk membacakan  sepotong dua ayatNya bagi ruh Abi Waqqas itu. Air matanya menitis....

Selesai membaca, lama dia memandang makam di hadapannya, sambil telinganya mendengar bacaan org2 sekelilingnya dia berfikir..

'Siapa pun dia ini, pasti dia ketika hidupnya seorang yang mulia, sumbangannya pada agama ini pasti besar kerana itu beratus tahun selepas kematiannya pun orang islam seluruh dunia menyedekahkan ayat2 Quran untuknya. Orang2 di sini pasti sama juga seperti aku, tidak pernah bertemu jauh sekali berkenalan rapat dengannya tetapi mereka datang jauh beribu batu kemudian duduk menziarah makamnya. Sungguh, Allah pasti memuliakan orang yang memuliakan agamanya. Ini baru Abi Waqqas, bagaimana keadaannya makam Rasulullah saw, khalifah ar rasyidin...pasti tidak pernah lekang sesaat pun tanpa ada org yang menyedekahkan bacaan Quran buat mereka. Bahagia mereka di taman syurga sana.'

Kemudian dia berfikir lagi...

'Aku? siapa agaknya yang akan menyedekahkan ayat-ayatNya buat ruh aku lepas aq mati nanti. Apa bakti aq utk agama ini yang akan melayakkan aq mendapat susasana sebegini stelah mati nanti? berpuluh tahun selepas kematianku nanti adakah org yang akan menziarah dan membacakan ayatNya utk ruh aku? adakah bakti aku utk agama ini??

Dan sambil menundukkan wajahnya, air matanya berguguran lagi.... sungguh hari itu dia menemui hikmah mengapa kakinya ditakdirkan melangkah travel ke bumi itu, yg pastinya bukan kerana Prada, Marc Jcob dan Gucci...

raudah abi waqqas
:')






Monday, 2 July 2012

semoga tarbiyyah menanti

Bismillahirrahmanirrahim...

Jauh, jauh, jauh di sudut hati yang lemah ini

Aku benar-benar mengharap tarbiyyah Allah itu menanti

Untuk kami temui, di bumi yang bakal dijejaki.

Dalam keseronokan aku harap ada kesedaran

Jangan sampai terleka, tertawa hingga terlupa,

Ada amal yang perlu dipraktis

Ya, mungkin inilah masanya, masanya

Untuk kita merealisasikan terbiyyah yang dikongsi

Selama ini.

Sahabat, aku akui pesanan bahawa, saat berjaulah bersama inilah tikanya kita semua akan diuji dengan kesabaran, toleransi, saling memahami, penerimaan, keterbukaan dan macam2 lagi yang kini buat aku rasa gelisah. Bimbang kalau aku yang tewas dalam ujian ini, jadi jangan lepaskan tangan aku ya, marilah belajar praktis semua sunnah sepanjang berjaulah. Kerana aku  percaya jaulah Rasulullah saw dan sahabah ialah contoh terindah.

Mari ambil ibrah pada setiap kejadian dan ciptaan yang bakal kita lihat, Allah is the best painter and creator =)

Aku meletakkan harapan jaulah ini berakhir dengan ukhwah sesama kita semakin mekar dan ada tarbiyyah yang benar-benar berbekas di hati kita.

Tempat pertama yang bakal dilawat insyaAllah ialah makam Saad bin Abi Waqqas, masyaAllah... hebatnya perkembangan dakwah zaman khalifah Uthman bin Affan, rombongan dakwah melangkah ke negeri China diketuai Saad. Serius aku excited sesangat nak lawat makam beliau, salah seorang Qaedah Sulbah, sahabah kekasihNya, mahu sedekahkan sepotong dua kalamNya, moga Dia izinkan hendaknya. :')

Semoga jaulah ini diberkati dan diredaiNya... aminn...

Dengan lafaz bismillah... kami mulakan langkah


Disunatkan orang yang akan bermusafir solat dua rakaat dan dua rakaat bila dia sampai di rumahnya.

DALIL

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"Dari Abu Hurairah, berkata Nabi s.a.w "Apabila engkau keluar dari rumahmu, hendaklah engkau solat dua rakaat nescaya solat itu akan memeliharamu dari kemasukan kejahatan, dan apabila engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau solat dua rakaat, maka solat itu akan memelihara dari kemasukan kejahatan".

NIAT

أُصَلِّي سُنَّةَ السَفَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala.



Biiznillah =)