Thursday, 26 January 2012

di surau ini...aku...


Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

" Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kpd Allah swt kerana dengan rahmatnya, pada subuh ini kita sama-sama dapat menunaikan solat subuh secara berjemaah. Bersyukurlah bukan hanya kerana hari ini kita masih diberi nyawa tetapi bersyukur juga kerana subuh ini Allah telah memilih kita utk menghadapnya secara berjemaah...ya sahabat-sahabat sekalian di sebalik segala dosa dan maksiat yang kita telah lakukan, Allah masih lagi memandang kita dan memilih kita untuk menyembahnya. Sedarlah bahawa Allah mahu kita sentiasa mengingatiNya, bertaubat atas segala dosa kita. Solat berjemaah kita pada pagi ini ialah bukti bahawa Allah menyayangi kita....Bersyukurlah menjadi orang-orang yang terpilih dan beruntung pada pagi ini. Kerana, kalau dilihat di luar sana mungkin pada saat kita mengangkat takbir mengagungkan kebesaran Allah, pada tika itu, ada saudara seislam kita yang baru sahaja pulang dari kelab-kelab malam, baru sahaja sedarkan diri di rumah-rumah pelacuran, sedang lena dibuai mimpi kerana keletihan merempit semalaman...bersyukurlah kita kerana walaupun segunung dosa kita Allah masih mengejutkan kita untuk mengingatiNya...

Tetapi sahabat-sahabat sekalian...sejauh manakah beruntungnya kita jika nak dibandingkan dengan hamba-hamba Allah yang seawal 4, 5 pagi telah pun sujud menyembah Ilahi? Di manakah kedudukan kita jika diletakkan sebaris dengan hamba-hambaNya yang tidak tidur langsung malam tadi kerana 'lalai' dengan nikmat beribadah kepadaNya? Sekiranya dikatakan golongan kita yang bersolat jemaah pada pagi ini tidak ramai, maka golongan yang saya sebutkan 'lalai' dengan nikmat beribadah kepada Allah ini ialah golongan yang sedikit yang sering disebut oleh Allah dalam Al-Quran dan  Rasulullah saw dalam hadis-hadis baginda..."

Pada malam hari, hendaklah engkau shalat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau. Mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ketempat yang terpuji. (QS : Al-Isro’ : 79)

Menurut keterangan yang sahih, saat ijabah (dikabulkannya do’a) itu adalah 1/3 malam yang terakhir. Abu Muslim bertanya kepada sahabat Abu Dzar : “ Diwaktu manakah yang lebih utama kita mengerjakan sholat malam?” Sahabat Abu Dzar menjawab : “Aku telah bertanya kepada Rosulullah SAW sebagaimana engkau tanyakan kepadaku ini.” Rosulullah SAW bersabda : “Perut malam yang masih tinggal adalah 1/3 yang akhir. Sayangnya sedikit sekali orang yang melaksanakannya.” (HR Ahmad)

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” (Surah az-Zariat ayat 15-18).

-tazkirah subuh di surau al kausar SMSSI-
-hari x ingt, tarikh x ingt tahun 2010-

Surau Al Kausar SMSSI antara tempat dlm sekolah tu yg banyak menyimpan memori ku sebagai pelajar dan remaja...Jahiliyah ku banyak..mungkin di surau inilah tempatnya yang mana apabila aku melangkah masuk ke dalamnya jahiliyah itu ku tinggalkan di luar semuanya...di surau ini aku pertama kali mengenal apa itu maa'thurat, di surau ini aku pertama kali mendengar kuliah subuh, di surau ini  aku pertama kali menyertai fikrah ilmu, di surau ini aku pertama kali bertadarus, di surau ini aku pertama kali mempelajari bacaan sujud tilawah, di surau ini aku pertama kali mendengar tazkirah asar, di surau aku pertama kali mengenal usrah....di surau ini..di surau ini...di surau ini...banyak sekali kenangan di sini...Ilmu yang dikongsi di dalam surau ini tidak terhingga banyaknya, petikan di atas ialah antara tazkirah yang masih ku ingat...

Apabila mengenang kembali, sesalan menerpa diriku...betapa banyak ilmu dikongsi kenapa hanya segelintir daripadanya sahaja yang mampu ku ceritakan kembali? Kenapa tidak aku cuba kaut sebanyak mungkin ilmu yang dikongsi? Mungkin di surau ini dulu tempat terbaik utk ku mengubah diri, tapi kenapa aku tidak sedari? Sungguh, bila difikir kembali, aq menyesal menyia-nyiakan peluang yang dimiliki dulu...T_T Mujurlah Allah masih memandangku, Dia beriku usrah yang baru. Melalui usrah ini, Allah membuat ku terfikir kembali kenangan di surau ini. Betapa aku tidak menghargai pemberianNya kepadaku. Betapa aku tidak sedari Dia menyayangiku, sedangkan aku....Allah...ampunkan aku, ampunkan aku...Semoga setiap ilmu tentangMu yang bakal ku pelajari kelak, aku manfaatkan sepenuhNya...aminn