Monday, 31 December 2012

zaijian 2012, ni hao 2013

2012

Subhanallah...

Setahun sudah berlalu. Sepanjang tahun ini Allah memberi nafas untuk aku hidup terus mencari identiti sendiri. Apa tahun ini aku hidup sebagai hamba?

Nak kata tahun ini terlalu bermakna, tidak.

Nak kata tahun ini amat sia-sia, tidak juga

Biasa saja.

Huhh (kerut dahi) makin hari makin tua, aku masih belum mampu menggapai apa-apa yg layak dipersembahkan dihadapanNya.

'be extraordinary because ordinary is too crowded'

Aku memang rasa takda apa untuk dibangga, i am in ordinary state, it's too crowded dude.

Aku dikelilingi manusia-manusia super saiya dalam lapangan mereka.. aku ini memang bukan sesiapa...

This world make me feel nothing but Allah really make me feel something, Subhanallah...

Sepanjang tahun ini, Dia memilih aku untuk berada dalam taman syurgaNya di dunia, ohh bahagia (senyum sorang-sorang)

Walaupun aku masih lagi aku, sekurang-kurangnya aku diajar dan sedang belajar menjadi hambaNya. That's really something to be thankful of :')



Aku mungkin tidak punya apa untuk berbangga, tapi aku punya 1001 sebab untuk mengucap Alhamdulillah padaNya.

1001 tu terlalu sikit sebenarnya, kalau disenarai satu persatu nikmat kurniannya, ahhh walau sudah habis tinta, pengakhirannya tetap tiada, penyudahnya pasti aku akan tertunduk, malu untuk meminta lagi apa-apa daripadaNya.

(sengaja memilih angka 1001 utk penyedap kata saja, haha)

antaranya nikmatnya... jeng jeng jeng

Aku amat tersentuh sekali setiap kali melihat org sekeliling aku yg atheis, aku lahir punya agama. Andai seluruh dunia menghampakan aku, aku tahu aku masih ada Dia. Paper exam last week bole tahan mencabar woo.. org putih depan belakang aku muka merah tak tahu nak buat apa bila takde idea nak dicurah. Sebenarnya aku juga, tapi sekurang-kurangnya aq sedar ada kuasa yg mampu mengubah segalanya "Ya Allah, permudahkanlah, berilah ilham padaku." Bukankah islam itu satu anugerah.. alhamdulillah.. (senyum)

Tahun ini, lengkap empat musim aku merasa. Spring, Summer, Autumn, Winter... dari bunga berputik indah sampailah hanya tinggal ranting-ranting kering. Dari kulit aku normal sampailah kekeringan sampai kadang-kadang luka, aku merasa. Buat aku berfikir semula, aku bersyukur lahir di Malaysia. Alhamdulillah (senyum)

Tahun ini, kejap sihat, kejap sakit. Tapi tika ini masih bernafas bukan? Berapa banyak dosa sudah Allah gugurkan? Berapa banyak pula pahala dah kumpulkan? Ada sebab kenapa aku masih bernyawa~ Manusia memang sentiasa berdosa tapi selagi bernyawa, selagi matahari tak terbit sebelah barat, selagi itu masih ada masa..untuk bertaubat. Walaupun mungkin tak rajin beristighfar, masih Allah timpakan kesakitan,sakit-sakit itu aku harap menggugurkan dosa-dosa. Alhamdulillah untuk sakit-sakit itu.. (senyum)

2012 ini, dah berapa banyak silaturrahim terjalin, berapa kali ukhwah yang dibina retak? =='
Allah... kalau ada ukhwah yg ibarat belah menanti retak, itu ertinya hubungan dengan Allah juga sedang parah. Makanya, aku telah diajar dan belajar untuk bukannya semata-mata melihat salah orang lain sebaliknya menghadap cermin cuba memantulkan tahap iman sendiri. Untuk segala keperitan sepanjang mempertahankan hubungan, Alhamdulillah...(senyum)

Aku sekarang tahun satu degree, belajar tak semudah sebelum ini. Mestilah, sume nak senang aje, bukan hidup lah. Untuk segala kejayaan, kegagalan, ketegangan, kepenatan...yang mengajar aku untuk akhirnya kembali meletakkan tawakal hanya padaNya. Masa depan, kehidupan aku sudah ditentukan. Yakin apa sahaja keputusan itulah yang terbaik. Yakinlah usaha yg bersungguh-sungguh tak akan pernah disia-siakan. Kalau tidak di dunia, kita pasti akan teruja di mahsyar sana melihat bagaimana Allah menghisab usaha-usaha yang ikhlas keranaNya menjadi saham menuju ke syurga, insyaAllah.. Alhamdulillah...(senyumlah untuk segala penat lelah itu)



Ahhh...kalu mahu senarai semua memang 不可能 lahh....

Ini apa yang aku rasa, tapi bagi sesiapa saja, aku yakin sama, nikmatNya pasti tidak terkira juga.

Alhamdulillah itu perlu meniti setiap bibir manusia.

Sesusah mana sekalipun, kalau rakyat Palestin masih mampu tersenyum dan mengucap Alhamdulillah untuk keadaan mereka, apa pula alasan kita?



Kenang semula setiap susah dan keluh kesah tahun ini, apa ia mengatasi kasih sayang dan rahmatNya untuk kita?

Maka senyumlah, dan Alhamdulillah...

ps: kalau sujud syukur, lagi bagus weyhh~ =)

Selamat tahun baru masihi, zaijian 2012, ni hao 2013.. moga akan datang menjadi hambaNya yg lebih hoyeahh!! aminn

sedang dalam mode exam sebenanrnya, mohon doakan =)










Wednesday, 19 December 2012

tengok saja sudah tenang

Bismillah...

Dari dulu lagi aku ini  mmg agak animal lover (esp kucing)
Tak boleh tgk haiwan kene dera
Kebuluran tak dibagi makan
Dipukul, ditendang
Tak sampai hati aku



Sebab aku faham
Haiwan juga makhluk
Tidak punya akal, tapi punya perasaan
Perlu makanan, perlu belaian

Kadang-kadang bila hati ini mahu tenang
Bukan manusia yg aku cari
Tapi kucing-kucing yg selalu menghibur hati

Entah, aku pun heran..
Kenapa kadang kala haiwan lebih menenangkan
Manusia pula yg merunsingkan

Apa mungkin kerana haiwan tidak berdosa?
Ini aku memang tak pasti.
Yang pasti haiwan juga punya miracle tersendiri.

Tengok gelagat kucing tidur terlentang dengan tangan terjuntai
Sudah bisa membuat aku tersenyum
Apa lagi bila disuruh kejar guli yg berputar
Aduhh comelnyaa, bisa buat hati girang




MasyaAllah...masyaAllah
Tiada apa yg Allah cipta tanpa fungsi kan?
Kucing tidak boleh dimakan, jauh sekali utk ditunggang
Tapi makhluk ini istimewa sekali di mata nabi saw

Mungkinkah atas sebab yg sama?
Iaitu ketenangan.
Wallahualam

*berita sedih, RIP Tiger..tima ksasih pernah jadi penghibur hati sementara~



abstraknya rasa itu, hanya Allah yg tahu

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku tak tipu bila aku kata
Perasaan aku terhadap
Usrah dan tarbiyyah ini
Amat abstrak sekali
Rasa itu,
Letaknya di hati yg paling dasar, mungkin?
Aku saja mahu beri perbandingan begitu
Supaya kau tahu abstraknya perasaan itu
Jadi logiknya di situ...
Apa mungkin sesuatu yang begitu abstrak
Menjadi konkrit, hanya dengan
Menyusun 4-5 huruf menjadi perkataan
Menyusun 10-12 patah perkataan menjadi ayat?

Boleh saja aku buat begitu,
Aku mahu memberi apa yg kau mahu

Struggle juga aku mahu menyusun kata..

Pertama, aku memang susah mahu mengkonkritkan sesuatu yg abstrak
Itu bukan kepakaran aku
Kedua, dah boleh tahan lama duduk China
Bahasa Melayu aku memang agak entah ke mana-mana
(tapi x mungkin aku pakai hanzi tulis feedback ni ==')

Apa yg pasti, aku x akan nafi
Aku telah jatuh cinta pada tarbiyyah ini
Cumanya seperti org kata,
Lafaz saja tidak cukup
Mana amalnya...?

Iya, memang itu kuncinya kejayaan dunia tarbiyyah ini
Amal yg melahirkan iman dan takwa.

Dan itulah dia, yg masih aku mahu bina dan bina
Kerana
Hanya amal yg dapat melahirkan akhlak mulia, bicara yg bermakna.
Hanya amal yg dapat mendekatkan aku denganNya .

Kerana itu kakak naqibah yg aku sayangi lillah,

InsyaAllah, aku berjanji akan cuba yg terbaik utk berubah

Sebagai tanda sayang aku pada mu, ewaahh ;)

Dan nyata lebih atas dari tu,
akan aku cuba sebagai tanda cinta agungku padaNya

*akak naqibah x akan baca ini, jadi sekarang boleh start menulis di alam realiti. =D

Friday, 14 December 2012

Dan siapa boleh jamin, dia akan kembali?

Bismillahirrahmanirrahim...


Takda siapa pernah bilang
Ini akan jadi senang

Benar, once disentuh tarbiyyah
Kita akan jatuh sayang 
Ahhh... sayang sekali mahu melepaskan 
atau terlepas

Tapi mahu mengamalkan
Itu memang satu ujian
Mahu mengekalkan
Bersedialah berdepan jutaan halangan

Aku lebih sedih, setiap kali
aku jatuh
Aku sedar halangan sebenarnya 
ialah
Aku sendiri..
Bukan syaitonirrajim
Aku sendiri

Terlalu sayangkan jahiliyyah kau bukan?
Apa yg kau tahu, kita x boleh jadi hamba nafsu..
Kerana itu kau menjauhkan diri?
Lepas tu asyik memikir-mikir mana silapnya langkah ini?
Sampai bila kau mahu begini?

Allah telah memilih kau utk tahu,
Jangankan mahu tertunduk syukur,
Kau menolak pulak satu persatu,
Lepas tu asik memikir lagi,
Persimpangan mana harus kau pergi.

Ahhh sudahlahh..
Mengaku aja, kau dan jahiliyyah kau sedang bercinta.
Jangankan mahu campak jauh-jauh, kau sebenarnya tak pernah berniat
sungguh-sungguh mahu tinggalkan.

Jasad dan nafsu kau membenarkan apa yg kau sedang lakukan,
tapi hati kau,
hati kau tak pernah berhenti berdoa meminta dekat pada Rabbnya. .
kerana itu, rasa bersalah itu selalu menerpa.

Kalau hidayah itu boleh tibe2 datang, dia juga boleh tibe2 pergi.
Kau lupa, kisah pertama tarbiyyah kau?
Apa jasad kau meminta, atau expect dia akan hadir?

Tidak bukan? 
Bila-bila masa kau tak minta, dan tak expect, hidayah itu boleh pergi.


Dan siapa boleh jamin, dia akan kembali?

'agar Allah menghapuskan perbuatan mereka yg paling buruk yang pernah mereka lakukan dan memberi pahala kepada mereka dengan yg lebih baik daripada apa yg mereka jangkakan'  az-zumar:35

ini janji Allah utk mereka yg benar-benar meninggalkan jauh masa silam yg penuh jahiliyyah dan maksiat kpdNya. Tak mahu ke wahai diri yg sedang menulis entry?




Saturday, 17 November 2012

Ttitik pertemuan (intersection point)

Bismillahirrahmanirrahim...

   Kai menghulurkan tangannya ke luar tingkap, hujan lebat di luar. Dari tadi dia asyik mendengar bunyi air hujan jatuh membasahi bumi, tenang, bisik hatinya. Dari dulu dia memang gemar mendengar bunyi air mengalir, air hujan, air terjun, pukulan ombak di pantai, rasa damai. 

  Sambil menghulurkan tangan merasai air hujan jatuh di telapak tangannya, dia tersenyum. Dia tidak seperti manusia lain yang seusianya. Allah menciptanya istimewa. 19 tahun sudah hidup dalam keistimewaan itu, dia hari ini masih mampu tersenyum, bersyukur memiliki nyawa.

  "Kai, makan jom, mak dah siapkan makan tengah hari ni"

  "Ya, mak"

  Kairun- anak tunggal Encik Hakimi dan Puan Roslin, ibu bapanya orang senang. Bapanya seorang pensyarah, ibunya pengarah urusan sebuah syarikat software. Dia membesar dalam suasana memiliki segalanya. Pendidikan, harta, kasih sayang. Adilnya Allah, tiada manusia yg sempurna hidupnya, walaupun dari segi surrounding Kai dikira cukup bertuah tetapi sejak lahir lagi dia sebenarnya sudah diuji kekuatan mental dan fizikalnya.

  "Kai, ayah dah uruskan semuanya untuk Kai sambung pengajian kat Auckland. Tapi Kai sungguh ke nak pergi ni? Mak risaulah, sambung belajar kat sini pun okay kan Kai? Kenapa nak pegi jauh-jauh ni?"

 "Mak, kan kita da bincang habis aritu, Kai betul-betul nak pergi. Mak risau ke? Da 19 tahun Kai mcm ni mak, insyaAllah Kai boleh jaga diri. Kai yakin sebab mak dgn ayah didik Kai baik sekali."

 "emm..yelah, mak yakin anak mak boleh, tapi Kai, mak dgn ayah akan selalu datang sana tengok Kai tau"

 "Yelah mak" (tersenyum)

  Puan Roslin benar-benar risau sebenarnya, x yakin sama ada anaknya mampu melakukan semuanya seorang diri.

  Selepas makan tengah hari, Puan roslin dan Kai solat zohor berjemaah, kemudian Kai pulang ke biliknya. Selangkah demi selangkah, seperti selalu, dia memang tidak bisa berlari ke sesuatu tempat. Setiap langkahnya diambil dengan penuh hati-hati. Puan Roslin memerhati anaknya dari belakang, gusar melihat anak kesayanggannya itu.

  Kai menarik kerusi di mejanya, dengan telekung yg masih terpakai kemas. Dia duduk. Menarik sebuah kitab di atas mejanya hampir. Dia membukanya,  lantas membaca Al-Quran bertulisan braille di hadapannya.
Dari kejauhan, Puan Roslin sebak melihat anaknya itu. Sebak melihat jari-jemari halus anaknya tekun meraba-raba halaman Al-Quran braille itu. Mendengar suara lunak anaknya yg tidak berpenglihatan mengalunkan ayat-ayat suciNya setiap hari mengharukan Puan Roslin. Dalam masa yg sama dia lega, anaknya menerima kekurangan dirinya dengan baik dan reda.


  Puan Roslin masih ingat saat pertama kali anaknya itu mula petah berbicara, Kai menyebut,

 "Mak, mana mak? Kai tak nampak, Kai tak nampak apa-apa mak"


   Berjurai air mata Puan Roslin ketika itu, Kai dilahirkan buta kerana urat kornea matanya tidak sempurna. Dan ianya tidak dapat digantikan kerana untuk mengganti mata, perlu ada penderma, hingga hari ini tiada yg rela menderma mata buat anaknya. 

  Kai seorang remaja yang tenang, dia sudah biasa. Sudah biasa kegelapan. Seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat wajah sendiri. Dia kepingin sekali melihat wajah orang tuanya yang memeliharanya bagai menatang minyak yg penuh. Dalam pikirannya selalu terbayangkan wajah mereka.Bohonglah andai dia kata tidak pernah punya keinginan menjadi seperti org lain yang mampu melihat keindahan dunia ciptaanNya. Namun dia menerima takdir ini dgn reda. 

  Selesai membaca Al Quran, air mata Kai berlinang..


 "Bagaimana agaknya rupa al quran ini?" bisik hatinya.

 "Ya Allah andai Kau beriku peluang hanya sekali untuk melihat segalanya, aku akan jadi hambaMu yg paling bersyukur" bisik hatinya lagi sambil air matanya terus membasahi halaman kitab suci itu.


********************************************************************************


Anny- Annisa, remaja seusia Kai yang sejak dilahirkan di Malaysia tetapi membesar di Auckland. kehidupannya tiada cacat cela. Kaya, berpendidikan,   jelita, punya ramai teman dan ibu bapa yang memberi segalanya untuk dia. Tapi sayang, Anny seolah-olah tidak punya hati sebagai seorang islam. 

   Pulang dari Auckland Bar and Lounge tepat jam 3.00 pagi. Bapanya menanti di ruang tamu. Dengan muka slumber dan dalam keadaan mabuk dia melintasi bapanya yang meradang melihat anaknya.


 "Annisa, kamu ke mana? pagi-pagi buta baru nak balik?!"

 "Bisinglah papa, Anny penat ni, esok jek lah membebel"

 "Annisa, apa nak jadi ni?! makin lama makin teruk, dah lama papa tak tengok kamu solat, mengaji quran jangan haraplah. Sedar tak sebab tu kamu jadi mcm ni, balik rumah mabuk-mabuk, baju pun da xda rupa baju, terbukak sana sini. Papa dgn mama rasa tak kurang bagi didikan agama pada kamu"


 "Papa! Anny jadi mcm ni sebab papa dgn mama tau! Dulu papa dgn mama x mcm ni ke? Kalau x dari mana Anny belajar papa?!"

 Bapanya terdiam mendengar kata-kata lantang anaknya. Ya dulu mereka juga liar, menunjukkan contoh buruk pada anknya, saat mereka sudah kembali ke pangkal jalan, saat itu sudah terlambat untuk anaknya. Anny membesar sebagai remaja liar, dan tidak mahu lagi mendengar cakap ibu bapanya.


Anny terus berlalu pergi masuk ke biliknya kemudian menghempaskan pintu. Sedikit pun kata-kata bapanya tidak meresap dalam hatinya. Keras sungguh hati remajanya itu. 

*********************************************************************************


  Kai sudah bersiap untuk bertolak ke Auckland, diiringi seorang jururawat merangkap penjaga yg diupah khas oleh ibu bapanya untuk menjaga Kai. Di lapangan terbang KLIA mereka mengucapkan selamat jalan kepada ibu bapa Kai. Kai berlepas ke Auckland.

 Anny masih sedikit mabuk, dia bangun lalu membersihkan dirinya. Bersiap untuk ke lapangan terbang Auckland menjemput teman lelakinya, Chris yang baru pulang dari Amerika.



 Kai dan Anny melalui jalan hidup yg begitu berbeza.

 Sama ada Kai atau Anny, kedua-duanya tidak tahu bahawa jalan hidup dan takdir mereka bakal bertemu di satu intersection point. Intersection point yg akan mengubah hidup mereka selamanya...

Friday, 16 November 2012

Persoalannya, apakah kita sebahagian daripada kemenangan itu?

Bismillahirrahmanirrahim...

1 Muharram 1434, hadiah yg dunia ini dan seisinya beri kpd umat islam di Palestin ialah pengguguran bom, pembunuhan besar-besaran, keganasan tidak berperikemanusiaan.

Aku hairan, seperti biasa, kalian semua masih menuding jari kpd yahudi, us, McD, starbak dan yg seangkatan dengannya.

Apa kata, tudingkan pula jari itu kepada diri kita sendiri? dan kita yg konon-kononnya membawa nama muslim ini,mewakili agama kita, mewakili saudara2 seagama kita di seluruh dunia.

Wahaiiii.....yahudi, nasrani itu memang musuh islam lama sebelum Al-Quran diturunkan lagi, memang x peliklah kalau ini hadiah yg mereka beri sempena tahun baru hijrah.

“Tidak akan sesekali redha yahudi dan tidak pula nasara sehingga kamu mengikuti jalan mereka” 


Kita patut hairan,mengapa dunia islam khasnya, membisu?


Mengapa OIC dan Arab League seolah-olah kaku?

Bukankah tanggungjawab setiap muslim, mempertahan Aqsa dan tanah Palestin itu?


Mengapa di saat ini, dunia politik dan soal mahu memboikot McD atau tidak yg panas dibahaskan?

Hari ini, masih ramai lagi yg tak pernah tahu apa sebenarnya terjadi di bumi berkat ini


Hari ini, masih ramai lagi sedang keliru mahu i phone atau s3

Hari ini masih ramai lagi berangan-angan mahu majlis perkahwinan mcm tu,mcm ni

Hari ini masih ramai lagi yg kdg2 solat kdg2 tidak, ikut mood sendiri

Hari ini masih ramai lagi yang letak al quran di wardrobe plg tggi, tapi x pernah baca walau sekali

Hari ini masih ramai lagi yang berkira-kira mahu buat baik atau tidak, takut malu dgn kwn2 sendiri

Hari ini masih ramai lagi tidak sedar malaikat sentiasa mencatat kebaikan walau sebesar kuman, walau hanya doa ringkas kita titipkan buat saudara di Palestin

Hari ini masih ramai lagi sibuk merintih beratnya dugaan diri sedangkan yg di sana tiada masa mahu memikirkan diri sendiri kerana maut sentiasa menanti

Hari ini di bumi lain suami isteri, ibu bapa bermesra bersama anak-anak yg disayangi, yg di sana ada isteri yg x pasti akan kepulangan suami, ada bapa yg syahid sebelum melihat kelahiran anak sendiri, ada isteri diperkosa di depan anak sendiri, ada anak yg tidak pernah melihat bapanya, tetapi bangga kerana ayahnya tercatat sebagai syuhada' agama ini.

Hari ini kita punya pilihan mahu jadi itu atau ini, pilihan mereka hanya satu, berdepan zionis dan gugur syahid mempertahankan hak yg dicabuli.

“Barangsiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka”

Bukan meminta mengangkat senjata, apalah kiranya meluangkan sesaat dua titipkan doa buat mereka. Orang Palestin x tahu, Allah tahu.


“kelak ummat-ummat lain akan menggerumuni kalian seperti orang-orang lapart menggerumuni hidangan”

Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah ketika itu bilangan kamu sedikit ya Rasulullah?” 
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn” 

Sahabat bertanya lagi, “Apakah wahn itu ya Rasulullah?” 

“Cinta dunia dan takut mati”


Aku rasa kitalah buih-buih yg dimaksudkan baginda. Perit tetapi inilah kebenarannya. Pernahkah terlintas mengapa hingga hari ini Allah tidak lagi menurunkan bantuanNya kepada kita untuk menawan semula BaitulNya di Palestin?

Hikmah sebenarnya hanya Allah yg tahu. Allah juga sebaik-baik perancang.

Tetapi aku rasa, kita ini tidak layak menerima bantuanNya. Kita belum laksanakan tanggungjawab kita sehabis baik. Membebaskan Palestin amanah bagi setiap muslim, jadi kenapa kita semua seperti pekak, bisu dan buta membiarkan umat di sana terkapai-kapai ditindas, diseksa.

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati ALLAH dan RasulNya, dan janganlah sesekali kalian mengkhianati amanah kalian sedankan kalian mengetahuinya”

Lihat semula hari ini kita jadi apa?  masih mahu menyalahkan yahudi, nasrani semata-mata? kalau merka salah, kita 3x bersalah.

Masalah terbesar ialah kita, umat islam sendiri. Yang dianugerahkan syahadah sebaik melihat dunia, tetapi entah di mana kita campakkan nilai islam sehingga ianya tinggal title semata.

Mereka sudah syahid, selesai sudah tugas mereka di dunia, disambut Allah dengan begitu mulia. Barangkali ketika ini mereka sedang tersenyum bersama baginda dan sahabat di syurga sana, menanti para syuhada seterusnya menyertai mereka.

Wahai diri sendiri dan umat islam semua, kemenangan islam itu pasti! Itu janjiNya, siapakah yang lebih menepati janji kalau bukan Dia.

Persoalannya, apakah kita sebahagian daripada kemenangan itu?









Tuesday, 9 October 2012




And she,
doesn't care any more.

Sometimes I wonder.
 why where there is meeting
there will be leaving...?

And I hate the fact
That i know
no matter how hard i try
She will always stay in my mind

Like always...
Before that nightmare.
People say, words can be 
sharper than swords,
and they never wrong.



If this mess is not
meant to be fixed
I accept this fate.
but,
O Allah, please help me
forget her.

For I m helpless right
now
regretting things that make
I lost a bestfriend.

guilty and the result is tears

O Allah, not this guilty nor the tears can fix all these
but You.




Friday, 13 July 2012

Raudah Abi Waqqas

Bismillahirrahmanirrahim....

Pagi itu, dia bangkit dari tidur dengan matlamat hari itu mahu tunaikan hajat yg tak tertunai sejak 4 hari lepas. Haihhh sejak hari pertama dia tiba, sangkaannya pada destinasi pelancongan yang dipilihnya itu meleset sama sekali... apa yang diharapnya tidak kunjung tiba, yang ada cuma hampa. Itu saja yang ada dalam pikirannya...Niat asalnya dia mahu jalan-jalan, makan angin sambil bershopping sakan di sana, tapi tak jumpa2 tempat yg betul utk itu semua...

'hehh, tempat ni indah khabar dari rupa lahh...mana entah tempat shopping yg konon-kononnya best sgt tu'

dialog yg lebih kurang sama ni laa yg selalu keluar dari mulutnya...nampak laa dia sedang hampa. Rasa mcm sia-sia jek spend masa, duit, tenaga dtg tempat jauh nihh, naik train 20 jam, sakit pinggang dia memang tak terkata, tapi nak cari beg dan baju Marc Jacob, Longchamp, Prada, CK dan Gucci murah punye pasal sakit tu tolak tepilahh...dari utara ke selatan dia merantau mencari apa yg nafsu dia mahu tu...

Hari itu hari jumaat, cuaca pagi itu mendung, excited dia nak pegi cari Prada dan Gucci apabila tiba-tiba kawannya kata,

'harini kita gi masjid yg femes tu dulu la, lepas tu baru gi shopping kay?'

'okay'

dia menjawab tanpa apa2 perasaan, iyelahh nama pun travel, kenelah pegi tempat2 fames nihh, snap pics, bukti kalau org tnye da penah gi ke belum, dengan senyum bangga boleh la tunjuk =pp

Perjalanan pegi masjid fames tu x jauh pun, dalam 10 minit jek naik subway dari apartment yg dia dan rakan-rakannya sewa tu. Turun subway, jalan kaki lagi 5 minit, sampailah.

Otw pegi, ada juga terlintas dalam kepalanya, kenapa masjid tu fames? sebab tu satu-satunya masjid kat situkah? iyelahh travel kat negara atheis nihh, masjid jadi  fames mcm Istana Buckingham, London. Kat masjid tu nnti gambar2 nya dia mahu abadikan, tak berniat nak tinggalkan kenangan solat pun kat situ.

Pintu masuk masjid tu mmg menampakkan masjid tu fames, ramai org keluar masuk. Dia semakin eager utk tahu apa ada di dalamnya, semua masjid kan lebih kurang sama, ada tempat solat lelaki/wanita, tempat amek wuduk. Masjid yang maju skit, paip amek wuduk ade pengesan haba, mimbar tempat bagi khutbah cantik, dan ade dua tingkat, nak naik tingkat dua bole pakai escalator..hehh tapi xkan masjid ni fames benar sebab itu. Biasanya kalau masjid fames mesti sebab seni binanya lain dari yg lain, huhuhu banyak sekali perkara bermain dalam fikirannya.

Dia melangkah perlahan masuk ke dalam kawasan masjid itu, mahu lihat seni binanya, cantik memang cantik tapi seni bina itu biasa sudah dilihatnya di banyak masjid lama. Jadi apa yg lainnya?

Dia melangkah lebih jauh hingga terserempak papan tanda biru bertulis

'Pavilion of three martyrs'

Martyrs? waaahhh ade makam syuhada' dalam ni. Dia melangkah menghampiri pavilion yg terpaku di dindingnya penerangan tentang tiga org syuhada' yg dimaksudkan itu, Terdetik rasa kecewa, dia benar2 ingin tahu asal usul kesyahidan tiga syuhada' itu tapi dia tidak faham bahasa arab. Yang dia faham cuma Bismillahirrahmanirrahim yg menjadi pembuka kisah tiga syuhada' itu.

Dia melangkah lagi menuju hadapan makam tiga syuhada' itu, saat itu hatinya merasa sesuatu.

'Ini pertama kali aku 'bertemu' syuhada', dah banyak aku travel, tapi tak pernah terlintas utk menziarah makam org2 yang mulia di sisiNya.'

Sesudah membaca alfatihah di hadapan makam tiga syuhada' itu, dia berjalan lagi...meuju tempat yg dilihatnya begitu crowded dengan kehadiran org islam dari  pelbagai negara dan bangsa.

'Ok, jadi inilah sebabnya masjid ni fames sgt ye'

Dia masih tidak pasti apa yang bakal dilihatnya tapi dia tahu apa yang bakal dilihatnya pasti itulah yang menjadikan masjid ini begitu popular.

Dia cuba menyelitkan diri dalam keramaian orang itu, hingga apabila dia berjaya meloloskan diri, dia melihat sebuah bilik kecil di atas pintu masuknya ada papan tanda bertulisan Arab..

'Raudah Abi Waqqas'

Dia melangkahkan kaki masuk, dia melihat ramai sekali orang duduk di sekeliling makam itu, sambil membaca Yaasin dan ayat-ayat suci Quran lain. Setiap kali ada yang keluar seusai membacakan ayat-ayat Quran di hadapan makam itu, pasti ada saja org lain pula masuk utk melakukan perkara yg sama. Tidak putus orang menyedekahkan kalam Allah untuk ruhnya, bertuah sungguh. Dia pasti setiap hari keadaannya begitu, ada saja yg datang menziarah makam abi Waqqas ( dia mengira itu pasti makam Abi Waqqas kerana itu yg tertulis di pintu depan) Dia tidak mengenali siapa Abi Waqqas itu.

Dia duduk di situ, melihat keadaan sekelilingnya, dia terlupa langsung bahawa dia masuk ke situ utk snap beberapa pictures sebenarnya. Dia jadi hiba, lalu mengambil senaskhah Yaasin di hadapannya dan terkumat-kamit membaca ayat-ayatNya itu. Dia tidak tahu siapa Abi Waqqas itu, tapi dia punya rasa utk membacakan  sepotong dua ayatNya bagi ruh Abi Waqqas itu. Air matanya menitis....

Selesai membaca, lama dia memandang makam di hadapannya, sambil telinganya mendengar bacaan org2 sekelilingnya dia berfikir..

'Siapa pun dia ini, pasti dia ketika hidupnya seorang yang mulia, sumbangannya pada agama ini pasti besar kerana itu beratus tahun selepas kematiannya pun orang islam seluruh dunia menyedekahkan ayat2 Quran untuknya. Orang2 di sini pasti sama juga seperti aku, tidak pernah bertemu jauh sekali berkenalan rapat dengannya tetapi mereka datang jauh beribu batu kemudian duduk menziarah makamnya. Sungguh, Allah pasti memuliakan orang yang memuliakan agamanya. Ini baru Abi Waqqas, bagaimana keadaannya makam Rasulullah saw, khalifah ar rasyidin...pasti tidak pernah lekang sesaat pun tanpa ada org yang menyedekahkan bacaan Quran buat mereka. Bahagia mereka di taman syurga sana.'

Kemudian dia berfikir lagi...

'Aku? siapa agaknya yang akan menyedekahkan ayat-ayatNya buat ruh aku lepas aq mati nanti. Apa bakti aq utk agama ini yang akan melayakkan aq mendapat susasana sebegini stelah mati nanti? berpuluh tahun selepas kematianku nanti adakah org yang akan menziarah dan membacakan ayatNya utk ruh aku? adakah bakti aku utk agama ini??

Dan sambil menundukkan wajahnya, air matanya berguguran lagi.... sungguh hari itu dia menemui hikmah mengapa kakinya ditakdirkan melangkah travel ke bumi itu, yg pastinya bukan kerana Prada, Marc Jcob dan Gucci...

raudah abi waqqas
:')






Monday, 2 July 2012

semoga tarbiyyah menanti

Bismillahirrahmanirrahim...

Jauh, jauh, jauh di sudut hati yang lemah ini

Aku benar-benar mengharap tarbiyyah Allah itu menanti

Untuk kami temui, di bumi yang bakal dijejaki.

Dalam keseronokan aku harap ada kesedaran

Jangan sampai terleka, tertawa hingga terlupa,

Ada amal yang perlu dipraktis

Ya, mungkin inilah masanya, masanya

Untuk kita merealisasikan terbiyyah yang dikongsi

Selama ini.

Sahabat, aku akui pesanan bahawa, saat berjaulah bersama inilah tikanya kita semua akan diuji dengan kesabaran, toleransi, saling memahami, penerimaan, keterbukaan dan macam2 lagi yang kini buat aku rasa gelisah. Bimbang kalau aku yang tewas dalam ujian ini, jadi jangan lepaskan tangan aku ya, marilah belajar praktis semua sunnah sepanjang berjaulah. Kerana aku  percaya jaulah Rasulullah saw dan sahabah ialah contoh terindah.

Mari ambil ibrah pada setiap kejadian dan ciptaan yang bakal kita lihat, Allah is the best painter and creator =)

Aku meletakkan harapan jaulah ini berakhir dengan ukhwah sesama kita semakin mekar dan ada tarbiyyah yang benar-benar berbekas di hati kita.

Tempat pertama yang bakal dilawat insyaAllah ialah makam Saad bin Abi Waqqas, masyaAllah... hebatnya perkembangan dakwah zaman khalifah Uthman bin Affan, rombongan dakwah melangkah ke negeri China diketuai Saad. Serius aku excited sesangat nak lawat makam beliau, salah seorang Qaedah Sulbah, sahabah kekasihNya, mahu sedekahkan sepotong dua kalamNya, moga Dia izinkan hendaknya. :')

Semoga jaulah ini diberkati dan diredaiNya... aminn...

Dengan lafaz bismillah... kami mulakan langkah


Disunatkan orang yang akan bermusafir solat dua rakaat dan dua rakaat bila dia sampai di rumahnya.

DALIL

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"Dari Abu Hurairah, berkata Nabi s.a.w "Apabila engkau keluar dari rumahmu, hendaklah engkau solat dua rakaat nescaya solat itu akan memeliharamu dari kemasukan kejahatan, dan apabila engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau solat dua rakaat, maka solat itu akan memelihara dari kemasukan kejahatan".

NIAT

أُصَلِّي سُنَّةَ السَفَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala.



Biiznillah =)



Monday, 25 June 2012

dia, yang selalu meminta masa diputar kembali

Bismillahirrahmanirrahim...

:)

Dia duduk di saf belakang, sambil memeluk senaskhah al-quran biru. Menanti majlis tadarus dimulakan.

Ini semua rutin baginya, dia tidak faham, andai dia mengerti sudah tentu ini tidak dianggapnya sebagai rutin... Beginilah setiap hari sejak dia menjejakkan kaki ke sekolah baru ini. Setiap hari usai solat maghrib berjemaah, majlis tadarus akan berjalan, kemudian sedikit tazkirah/forum/ceramah atau mungkin kadang-kala usrah. Sementara menanti waktu isyak masa pelajar diisi dengan aktiviti2 ini.

Entah mengapa setiap kali dia mengenang 'rutin' hariannya itu, dia tertanya mengapa ruh itu jarang sekali hadir saat itu, ruh islam itu, sedang peluang terbuka luas untuk dia menyedut sebebas-bebasnya pengertian amal itu... dia sebenarnya menyesal menyia-nyiakan zaman keemasannya itu...andai saja masa bisa diputar kembali...

Acapkali saat majlis tadarus berjalan..dia terlelap hingga ukhti di sebelahnya akan menahan Al-Quran daripada terjatuh drp pegangannya, pernah Al-Quran itu terjatuh dek kerana dia terlelap seketika. Kebosanan dia sebenarnya, dan  kini dia selalu mengharapkan dulu dia tidak pernah terlelap. Agar dia dapat mendengar setiap tafsiran kalimah Allah yang jelas dibacakan dengan mik.

Setiap jumaat malam sabtu, kitab munyatul musolli (cita-cita orang yang bersolat) dibacakan, tidak terhingga betapa bnyk ilmu yg ada dalam sebuah kitab nipis itu. Manakan tidak, bukan setakat dibacakan, malah seorang ustaz dijemput bagi menghuraikan isinya, setiap seorang pelajar dibekalkan senaskhah utk dibaca. Tapi dia, gagal memahaminya, kali ini dia tidak tidur, sebaliknya dia leka bercakap soal dunia, bergurau senda dengan rakan-rakan di kiri kanannya. Sekali lagi dia selalu mengharapkan dia mampu memegang kembali kitab itu, membaca nya sebaris demi sebaris agar dapat dia menyerap ilmu yang tertulis.

Setiap pagi, loceng yg sgt annoying dibunyikan, oleh pres BADAR atau ajk2 nya... Dia tidak mengeluh, nak buat macam mana da memang peraturan kene bangun subuh awal, terlepas jemaah pertama makanya rotan lah jawabnya... Dia bangkit, tak pernah dia mengadu bunyi itu mengganggu walau sesetengah pelajar menggesa bunyi loceng itu dihentikan kerana manganggu lena mereka. Tapi sayang, sekali lagi, dia bangkit kerana memenuhi rutinnya, dan sudah tentu jua, tak mahu disebat guru disiplin.Andai saja dia bangkit dengan niat mengingati Allah mungkin saja pahalanya sudah berlipat kali ganda. Sekali lagi dia mengharap masa bisa berputar kembali membawanya pulang di atas hamparan tidurnya yg dulu agar dia dapat bangun dari tidurnya      dengan niat mahu menghadapNya....

Tika itu, dia tidak mengerti... dia anggap itu rutin hariannya...dia tidak memahami mengapa agama menyarankan umat melakukan itu semua, kerana itu tiada istilah ikhlas dlm hatinya...

Kini, dia sedang belajar memahami, sedikit-sedikit dia mula faham mengapa? Dan kerana itu terdetik di hatinya, 'andai masa bisa diputar semula'

 Tapi dia juga tahu, itu tidak bisa, masa silamnya itu harus dijadikan asas bagi masa hadapan yang sedang dibinanya...

Dia hanya berharap Allah memandang barang sedikit amalnya yg dulu, yang saban hari dilakukan sebagai rutin itu, dia sendiri tidak pernah ingat mungkin pernah terdetik ikhlas itu dalam hatinya.

Ya, dia tidak tahu dan tidak akan pernah tahu tapi dia terlalu percaya tiada apa yang Allah tidak tahu...

Tanpa masa silam, masa hadapan tidak akan ada, jadi apa yang perlu disesalkan, setiap perkara yang berlaku aturanNya bukan?

Tidak perlu meminta masa diulang kembali mintalah masa hadapan yang tidak serupa dulu lagi.

Yang perlu ada ialah keyakinan, taubat dan doa...









Wednesday, 13 June 2012

Ghuzwatul Fikri

Bismillahirrahmanirrahim....

Hayya Syabab, 10.6.12

After sweet (sisters weekend together), satu lagi program yg disusun seniors akak2 kesayangan utk kami... makin hari makin sayang =)

Dalam masa sehari, bykkkkkk perkara yang dikupas telah membuka mata ini utk sedar, betapa besarnya cabaran dunia hari ini... rupanya selama ini, diri ini berada di medan peperangan, cumanya tiadalah pedang sebagai senjata, kuda menjadi tunggangan, atau panji islam yang dijulang...



Ghuzwatul Fikri


atau serangan pemikiran.... ini medan pertempuran kita


dilancarkan oleh musuh-musuh islam, yahudi ke nasrani ke dan yang seangkatan dengannya...bertujuan


membawa kita jauh-jauh sejauh-jauhnya drp Al-Quran...


kerana mereka sedar di medan pertempuran sebenar, mana mungkin mereka menang kerana orang islam pada zaman nabi, khalifah, berperang untuk  gugur syahid. Sedang mereka berperang untuk harta dan kuasa...

seterusnya,

menghancurkan matlamat kejadian...


apa dia matlamat kejadian??


2:30, 51:56


kamu adalah umat terbaik yg dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah drp yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik. (3:110)

kita mengimpikan bergelar khairu ummah, malah Allah memang sudah mentitlekan kita dgn title tu, tapi apa kita mengira sekiranya 2:30 dan 51:56 itu kita letak tepi2 boleh kita jadi khairu ummah? kita mengimpikan kemenangan islam yang gilang gemilang, kalimah Allah tertegak di seluruh dunia tetapi kita dgn maksiat ibarat aur dgn tebingnya, apa kita mengira islam ini agama magis? T_T (tertampar dgn kata2 ini, di copy paste drp seorang ikhwah)


melarut-larut keperibadian...


biasa dengar x, biasakan yang betul, betulkan yang biasa?

couple, mengumpat, mendengar umpatan, melihat maksiat, tidak menjaga pandangan, dosa-dosa ini kini dianggap biasa...sedang pada zaman rasul saw dulu, ada sahabat pernah berkata..maaf saya lupa ini kata2 siapa, mungkin boleh rujuk buku ISK.

'akan tiba suatu ketika, dosa-dosa yang dilakukan dianggap kecil, sedang bagi kami yang hidup pada zaman nabi, dosa yang dianggap kecil itu kami rasakan sebagai malapetaka'

kebanyakan kita hari ini punya matlamat hidup yang tidak jelas, antara hitam dan putih, kita kelabu...
dunia dikejar, akhirat luput, akhirnya yang dikejar x dapat yang dikendong berciciran...

astaghfirullah.... :'(

*********************************************************************************
kamu tahu dengan medium apa mereka melancarkan ghuzwatul fikri ini?

dengan tv, radio, playstation, internet, dan yg sewaktu dengannya...bijak bukan?? ini medium yg sgt berpengaruh...dan saya, ibarat sudah kalah sebelum berperang, shameful... :(

4S- spotrs, sex, song, smoke
3F- fun, fashion, food

ini medium mereka menenteng jadi apa medium kita untuk bertahan??

matlamat utama mereka menjauhkan kita sejauh-jauhnya dengan Al-Quran, bersusah payah mereka mengatur serangan ini utk menjauhkan kita drp kitab ini, tahu mengapa? kerana Al-Quran itu ruh, jiwa, bg ummah ini...

Qaedah Sulbah,,  kumpulan elit yang menjadi saf utama dalam menyebarkan dakwah hingga islam tersebar ke seluruh pelusuk alam, nur islam terpancar di segenap benua. Cabaran menyebarkan islam pada zaman itu bukan calang-calang punye ujian, dari mana mereka peroleh kekuatan sedemikian kalau bukan kerana mereka ini juga ialah Al-Quran yang berjalan...mereka miliki ruh itu...

sudah dapat grab mesej utk entry kali ini? emm sebenarnya sy pun masih lagi dlm proses mendigest ilmu yg disharekan oleh kak Wafa kelmarin...

Emm...jahiliyahku banyak...malah sampai hari ini aq sedang berlawan dgn diri sendiri...tetapi dalam medan ini kita hanya punya dua pilihan

menang atau syahid



jadi aku mahu terus melawan jahiliyyah sendiri, kalau bisa hingga tidak bersisa lagi, dan ini memang susah sekali...ya Allah berikan pertolonganMu.



-segala puji bagi Allah-










Wednesday, 6 June 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada suatu Subuh....

"Bagaimana iman kamu hari ini?"

"Aku berada dalam keadaan yang benar-benar beriman kepada Allah. ya Rasulullah."

"Apa buktinya?"

"Buktinya, hatiku benar-benar tawar dengan dunia.
 Aku melihat batu dan emas tiada bezanya,
 dan aku beramal dengan ihsan."

"Allah telah memberi cahaya kepada hatimu, jangan engkau malapkan."

*********************************************************************************

Taw tak ni dialog antara sape dengan sape. bole cube teka ;-)

hehe...dialog Rasulullah saw dengan anak angkatnya Zaid bin Harithah...

Pada usia muda remaja, Zaid memberikan jawapan sedemikian terhadap soalan Rasulullah saw...Subhanallah...

3 jawapan itu lahir dari hatinya yg ikhlas mencintai Allah dan RasulNya :')

Bayangkan pada usia 17 tahun Zaid bin Harithah, hatinya sudah tawar kepada dunia...tawar kepada dunia...

Dia sudah dapat merasa betapa manisnya syurga hingga emas tiada bedanya dengan batu

Zaid beramal hanya untuk reda Tuhannya.... Allahuallah... :')

Ini serba sedikit ilmu yg dapat sy share daripada kuliah yg sy dengar mlm tadi..moga bermanfaat,  =)

p/s: kuliah mlm td memang banyak yg kata-katanya zaaappppp tepat kene kat muka, dush dush dush, malunye dgn diri sndri :( btw, jazakallah utk segala nasihat ummi =)

-segala puji bagi Allah-



Saturday, 2 June 2012

Allah, facebook, twitter??

Bismillahirrahmanirrahim...

Rasa nak meleleh air mata,
Antara facebook, twitter, Allah...
Mana satu pilihan hati?

Patutnya tak wujud persoalan ini,
Ilah always yg pertama
PATUTNYELAHH...

Tapi sekarang boleh tanya diri sendiri
Mana satu sebenarnya pilihan hati?

Kalau azan dah jelas berkumandang kat lappy
Dua kali diseru menunaikan solat,
Dua kali diseru menuju kejayaan,
Masih, facebook dan twitter menjadi pilihan hati,
Atau mungkin dating, assignment, movie, drama korea...
k pop??

Walaupun mungkin yang telintas dalam hati tika itu,
'Xpe, kjap jek lagi nak abis citer ni'
'Lama lagi, baru masuk waktu, jap lagi lah solat'

Bole tanya semula, siapa Ilah kita yang sebenarnya?
siapa...?

-meleleh air mata-
:'(

Wednesday, 23 May 2012

Dengan lafaz,
Bismillahirrahmanirrahim...

Saya juga ingin katakan...

我也很爱你 <3

bagi hati dengan hati
menjadi saksi ketika ia bertaut
-Amirul mukminin Ali r.a-
:)

mood: rasa nak senyum sampai tembus langit :)))
alhamdulillah, kamu ialah nikmat daripada Allah, tahu?
dan saya bertuah terpilih memilikinya.


'Dua orang yang bersahabat, dari kedua-duanya, 
maka yang lebih mencintai dan setia terhadap
sahabatnya, itulah yang dicintai oleh Allah'
-quote-

p/s kita sama-sama berusaha menjadi yang dicintai Allah tu ;)

Tuesday, 22 May 2012








'islam yang tidak tersusun akan dikalahkan jahiliyyah yang tersusun'
-Amirul mukminin Ali r.a-

itulah yang berlaku, jahiliyyah aku begitu tersusun rapi, menewaskan islam aku yang berterabur 
sana-sini.
:'(
kerana itulah aku seperti apa yang dilihat hari ini,
akhirat luput,
dunia pun tercicir,
tak tertaksir orang-orang yang karam,
melampau-lampau dalam hiburan,
khayalan keterlaluan,
mampukah kita nak jawab
di hadapan Munkar dan Nakir nanti?


Monday, 14 May 2012

Bismillahirrahmanirrahim....

Cinta itu usianya lebih tua daripada dunia,
Kerana atas dasar cintalah,
Allah menciptakan dunia ini.

Yang menciptakan cinta itu
Ialah Dia, Allah
Jadi mahukah kamu percaya
Jika aku katakan,
Andai punya masalah perihal cinta
Kembalilah kepada penciptanya,
Pencipta kita.

Andai semua mengerti definisi cinta,
Cinta itu,
Luas tidak terhingga
Yang pastinya, tiada siapa
Dapat tandingi
Darjah cinta ,
Pencipta kita terhadap hambanya.

Lalu pantaskah
Kita mendahului nama lain
Sebagai pemilik cinta kita
Sebelum Allah sebagai
Yang pertama?
Tepuk dada tanya iman...

Andai semua mengerti
Definisi cinta,
Tiada seorang pun akan gugur
Melainkan gugurnya dia,
Tumpah darahnya,
Terhenti degup jantungnya,
Sebagai syuhada...

Andai semua mengerti definisi cinta...
Andai semua mengerti definisi cinta...

Saturday, 5 May 2012

Bismillahirrahmanirrahim....

Semalam ialah hari terindah minggu ini =) Alhamdulillah ya Allah...hati kembali basah ^^
Thnx a lot juga to Veeda...<3

Tadabbur surah Al-Jumuah mengingatkan kembali bahawa seruan Ilahi itu lebih penting dp mana-mana seruan di dunia ini.

'...Katakanlah, apa yg ada di sisi Allah itu lebih baik daripada hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.' (62:11)

InsyaAllah...cuba...cuba...lepas ni cuba x lewat-lewatkan solat utk urusan lain supaya nnti kat mahsyar Allah x lewat-lewatkan hisab kita...

satu lagi ayat yg cukup terkesan tertusuk dlm hati ni dalam-dalam mcm kene tusuk-tusuk dengan pisau yg memang paling tajam pastu diasah lagi pulak ialah ayat ni:

'perumpamaan orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim' (62:5)

Ayat ni bukan semata-mata ditujukan kpd kaum yang diturunkan kitab Taurat saja, tapi sama juga dengan kaum yang telah diamanahkan Al-Quran kepadanya...Allah...tanya diri sendiri ni, betul kah kamu mengamalkan ilmu di dalam Al-Quran itu? betulkah kamu tidak tergolong dalam golongan yang diumpamakan seperti keldai itu? sobs :'( Para sahabat dahulu boleh diumpamakan seperti Al-Quran yang berjalan, tahu mengapa?

Kerana Al-Quran itu bukan sekadar dihafaz tapi tersemat indah dalam hati mereka dan dizahirkan pula melalui tingkah mulia, indah sungguh manusia yang hidupnya 100% dipandu Al-Quran, ayat-ayat cinta Allah, sepertinya setiap perbuatan mereka itu dipandu direct dari Allah~ :')

Aku? hafaz surah-surah pendek tu pun x berapa nak pass, mcm mana nak jadi Al Quran berjalan ni? mungkin langkah awalnya ialah berjalan bersama Al Quran kut~masih merangkak dalam tarbiyyah ni kena banyak bersabar, cuba sikit-sikit, yang penting ada usaha kan ^^... insyaAllah...cuba...cuba...emm...=)

******************************************************************************
Semalam happy sesangatt sebab dpt jumpe kwn baik (panda) =D Ya Allah 真可爱 <3 <3 <3
Tapi sedih jugak tengok haiwan-haiwan kat zoo tu mcm xde life jek, sunyi, terkurung, makan minum pun nampak mcm ala kadar jep...sorry la kalu teremo lebih bcos i m animal lover, x bole nengok haiwan terseksa sgt ni, memang la ade org kata 'dah dalam zoo memang la dikurung kalau tak bukan zoo lah namanya'

Ya, betul tapi ada kerr mana-mana perintah Allah sebut nak elak haiwan daripada pupus kurunglah ia, insyaAllah takde..Haiwan pupus sebab manusia rakus, rosakkan habitat diorang. Kalau habitat diorang tak kena kacau xde lah diorang mati pupus sampai kena buat zoo sebab nak elak kepupusan...Just imagine, kita yang kene letak dalam cermin, kurungan mcm tu, sebabnya ade spesies lain yang mengancam existance kita dalam dunia ni...kesian haiwan~ mereka pun (mereka bkn utk manusia jek ek, papelah =p) makhluk jugak, makhluk yg x pernah alpa bertasbih kepada Allah...=(

Naqibah sy ckp, sambil kami mkn pizza =p 'kita nampak mungkin haiwan-haiwan tu mcm tengah tidur, tapi mana tau sebenarnya diorang tengah bertasbih' hehe comell =)

'Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah, Yang Menguasai sekalian alam, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana' (62:1)





p/s: semoga Fateh (kura-kura saya =)) sy pun rajin bertasbih, dan tuannya juga semoga lebih rajin bertasbih =)

May Allah bless


Monday, 23 April 2012

binaan yang bisa bertahan

Bismillahirrahmanirrahim....

aku cuma insan biasa
yang punya keinginan
untuk membina sesuatu
yang bisa bertahan
hingga ke akhir hayat
kalau bisa, ke syurga
itu satu impian

mahu bina ukhwah fillah
kerana aku tahu
itu satu harta,
bisa dibina di dunia
dan dibawa ke 'sana'
bisa menjadi
saham di hadapanNya

siapa arkiteknya
saya dan kita....
bangga
andai ia menjadi
peneman di syurga

jalan membina ukhwah fillah
itu masih jauh dan panjang
tidak senang pula
kerana nak mencintai diri sendiri keranaNya juga
saya masih belum mampu
bagaimana nak menyayangi kamu
kerana Dia
tapi saya tak mahu
menyerah sebelum mencuba
:')


kamu bersama saya bukan?


wallahualam...






Sunday, 22 April 2012

Futur

Bismillahirrahmanirrahim.....


-futur-

perkataan yang cukup ringkas
tapi apabila dikupas ertinya cukup menakutkan....

-terhenti setelah melakukan terus menerus, dan berdiam setelah bergerak
-malas atau menunda-nunda, setelah semangat, menjadi jemu.

ini definisi futur, sesuatu yang amat 'menakutkan' jika seseorang yang telah ditarbiyyah dan dalam proses menyerap tarbiyyah2 itu ke dalam kehidupannya, merasakan futur dalam amalnya....

ya, murobbi saya kata, setiap orang pasti akan melalui kefuturan amal dan hati, bezanya selama mana dia akan membiarkan dirinya futur....

Allah....sy sesungguhnya selalu merasa futur. (astaghfirullah...) iman yang selalu tires dan bocor, iman yang compang-comping.

Rasulullah saw sendiri selalu berdoa agar dirinya dijauhkan daripada sifat malas dan lemah apatah lagi kita. Amat perlu untuk kita mengamalkan doa ini, doa ini tercatat dalam al ma'thurat.

Antara sebab lemah iman/futur ialah:

1) Ekstrem dalam beragama
2)Berlebihan dalam melakukan mubah (hal2 dunia)
3)Suka hidup menyendiri
4)Minimanya ketaatan, tidak membaca al-Quran

Andai diri terasa sedang futur, segeralah, segeralah....mencari sesuatu untuk 'membasahkan' kembali iman dan hati kita yang hakikatnya sedang kering dan kebuluran seperti membaca ayat-ayat Allah, mencari majlis ilmu, bersolat jemaah, berbulatan gembira atau apa sahaja bentuk amalan yang dapat mengembalikan semula hati kita kepada penciptaNya...

manusia dan  hati,
hati ini ada masanya
dalam kegelapan
ada masanya disuluh cahaya terang benderang
andai kita sedar kegelapan datang menerpa
segeralah mencari cahaya kerana di situ
letaknya Dia

Wallahualam....



Wednesday, 18 April 2012

19th : cinta dan anugerah

Bismillahirrahmanirrahim....

Maaf, tak mampu diluahkan dengan kata-kata
Apa yang boleh aku ungkapkan di sini cuma
Alhamdulillah~
Syukran
Terima kasih.... =)

Kalian ialah cinta dan anugerah terindah untuk tahun ke 19 ini
Birthday party mlm td is so sweet, as sweet as everyone of u ^^

my family:, mereka yang selalu menyebut nama sy dlm doa mereka, mereka cinta pertama sy~ always the first persons who wish my besday,^^ thnx ayah, mak, sis, bro, lil bro =) hanya Allah yg tau betapa sy menyayangi kamu semua...sob sob T_T

roommateku: fasha, assalamualaikum cinta, terima kasih utk kesweetan 'hati' dan coklat itu ;) kamu lebih sweet;) hampir2 air mata sy menitis~ hampir2 jek belum lagi ok...=pp

jiran sebelah (kalau muka mengadap pintu kira jiran sebelah kiri): balqis dan kak aisyah(n sue, farah husna, kak piqa zaini, raihana),^^ terima kasih utk ehem...that silver flower, that cute box,  (sweet sgt utk disebut secara direct), n mochi yg sentiasa blushing sejak jumpe sy. thnx a lot~ give u my heart, nah <3 hihi

he dai, aidina, fara : xie xie ni men zuo tian wanshang gen wo men yiqi guo wo de shengri ( maapla yufa berterabur) ^^ ni men hen ke ai..kikiki

kak ikha: ohh this senior of mine (sr setaun jek pon) =pp thnx cos sudi berjaga mlm tuk attend my besday party (stay up is something rare for her) really2 appreciate that =) insyaAllah len kali kite le stay up sesame qiam ek kak ikha, luv u <3

raihan n sue: raihan thnx cos belikan kawan tuk yell =) cute glass ade gmbr yell~ hehe sue, thnx for that beautiful roses...=) mekar bunga tu, moga ukhwah kite semua akn sentyase mekar juga..aminn~

auni n kamilah: wahhh~ auni geng nengok dalam mihrab cinta, thnx sooo much for last nite..=) kamilah, my dear usrahmate, thnx utk that vogue ray ban, wow~ ciap ade xiong mao lagi like it

zahirah n kak hani: my beloved usrahmates too, <3 thnx a lot for your wishes, terharu sob2 :')

adan sahidah: kite pernah jd adik beradik kejap, yep from that i get to know both of u closer..=) thnx sbb taw aq suke xiong mao hehe n present tu zhen ke ai=) sahidah, thnx wish aq, ukulele bile nak men? huhu

sya zu er n semor jengkol: hehehe sorang ni segan2 nak jumpe sy, sorang ni face to face wish besday sy...^^ btw, thnx a lot for the gifts =)))

aiesyahhalim, atin: my dulu, kini dan selamanya friends, thnx for that kind wishes, and sweet keychain =) u r my friends and always will be ^^

to seniors beiwai: my sisters, my naqibah <3, kalian semua sentiasa menjadi cinta dan anugerah dari Dia...terima kasih yg x terhingga utk segalanya...sob sob *touching*

dan to blcu pioneers, everyone yg wish my besday, thanxxxxxxx aaaaa looottttt =))) kamu semua hakikatnya ialah hadiah terbaik bagi saya. ya, kalian semua...

19 years old...semakin jauh dari saat kelahiran,semakin dekat dengan saat kematian (mcm hypothesis pulak)

*hypothesis accepted: semalam agak jauh sikit berfikir, Usamah bin Zaid menjadi panglima tentera termuda yang disayangi Rasulullah saw, cube teka brp umur die masa tu, 17 tahun...
*Aisyah ra digelar gedung ilmu juga dalam usia yg muda, muda remaja...
*Sultan Muhammad Al Fateh menawan Konstantinople masa umur beliau 21...
*Amirul mukminin Ali bib Abi Talib kecik2 lagi da sanggup menawarkan nyawa gantikan Rasulullah di tempat tidur baginda, masa tu umur beliau 9-10 tahun (if i m not misteken, insyaAllah betul)

Muda-muda belaka, semuanya sudah menyumbang pada agama...today i turn 19, apa sumbangan aku pada agama??? errkkk~

Masih banyak dosa perlu ditebus, masih banyak kelemahan perlu diperbaiki, masih banyak amal perlu ditingkatkan (atau dimulakan lebih tepat), masih banyak perlu aku lakukan dalam masa yang semakin hari semakin singkat sebelum kematian datang menjemput...Allah...

Kalian semua ialah kiriman dari Allah utk aku realisasikan impian itu,terima kasih everyone~ since this is my besday agak keterlaluan tak nak buat satu request lagi, x kan? (banyak demand lak kan...errr) ini requestnya,

*kekalkan aku dalam doa kalian semua, doakan semoga kita sama-sama gapai syurga*

last but not least...kek mlm tadi superb alhamdulillah....

p/s: gmbr kek len kali jek la, bcos mlm td bateri kamera abes sume gmbr ade pd org len,,,hohoho

-May Allah bless everyone-
Wassalam

Saturday, 3 March 2012

'carved' in my heart

Bismillahirrahmanirrahim...
In the name of Allah the most gracious and most merciful...

What do i feel about usrah?
What am i trying to find in this 'thing' called usrah?

That feeling,
It's hard to explain...
Harder to be written in form of words in a piece of paper...

In simple word, all i can say is..
BEAUTIFUL

Beautiful gift from Him
Beautiful ukhwah
Beautiful sayings
Beautiful surrounding
Beautiful meeting
Beautiful 'circle'
Beautiful, beautiful, beautiful...<3

Sorry, that white and clean paper last night, is still white and clean till this very moment...(wpun ade conteng2 sket tp contengan itu x sedikit pun menggambarkan apa yg terconteng di hati ini =p)
What is carved in my heart, i can't describe it into words for it's so...so...so...(so ape ek?? look i can't even describe this) 

But i promise to myself, i'll try my best to find the true and pure answer
To the question 'what am i trying to find in this thing called usrah?'
I know my weaknesses as human and slave to Him 
Are the reasons for this 'endless searching for the missing thing'

'Endless'... yes. It's so called as endless because there is no end to this searching until we find ourselves deserved to be in
HIS heaven

And to be deserved in HIS heaven, I have to live and die just, only for HIM alone,every moment is moment of jihad, and the my last breath should be the last breath of a syuhada'
I know for someone like me, this dream and ambition is just like dreaming of stars lie beautifully in my hands.

But as my sr said, 'cita2 biar setinggi yang boleh sekurang-kurangnya kalu x tercapai pun biarlah cita-cita tinggi itu yang memandu jalan hidup kita' :')

I got a new naqibah, she's cute...can't wait for the next usrah...=))) hope to gain as many knowledge as i can. Bizznillah...^^ and become a better person insyaAllah...

But i do miss my last, my last usrah...for that is my first 'bulatan gembira' 
Gonna miss u guys, miss u lillahitaala...<3 thanx to u all, syukran to my lovely naqibah-naqibah <3
May Allah bless

'Indahnya ukhwah bukan terletak pada indahnya pertemuan tetapi doa seseorang kepada saudaranya'
*Imam Al Ghazali







Thursday, 26 January 2012

di surau ini...aku...


Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

" Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kpd Allah swt kerana dengan rahmatnya, pada subuh ini kita sama-sama dapat menunaikan solat subuh secara berjemaah. Bersyukurlah bukan hanya kerana hari ini kita masih diberi nyawa tetapi bersyukur juga kerana subuh ini Allah telah memilih kita utk menghadapnya secara berjemaah...ya sahabat-sahabat sekalian di sebalik segala dosa dan maksiat yang kita telah lakukan, Allah masih lagi memandang kita dan memilih kita untuk menyembahnya. Sedarlah bahawa Allah mahu kita sentiasa mengingatiNya, bertaubat atas segala dosa kita. Solat berjemaah kita pada pagi ini ialah bukti bahawa Allah menyayangi kita....Bersyukurlah menjadi orang-orang yang terpilih dan beruntung pada pagi ini. Kerana, kalau dilihat di luar sana mungkin pada saat kita mengangkat takbir mengagungkan kebesaran Allah, pada tika itu, ada saudara seislam kita yang baru sahaja pulang dari kelab-kelab malam, baru sahaja sedarkan diri di rumah-rumah pelacuran, sedang lena dibuai mimpi kerana keletihan merempit semalaman...bersyukurlah kita kerana walaupun segunung dosa kita Allah masih mengejutkan kita untuk mengingatiNya...

Tetapi sahabat-sahabat sekalian...sejauh manakah beruntungnya kita jika nak dibandingkan dengan hamba-hamba Allah yang seawal 4, 5 pagi telah pun sujud menyembah Ilahi? Di manakah kedudukan kita jika diletakkan sebaris dengan hamba-hambaNya yang tidak tidur langsung malam tadi kerana 'lalai' dengan nikmat beribadah kepadaNya? Sekiranya dikatakan golongan kita yang bersolat jemaah pada pagi ini tidak ramai, maka golongan yang saya sebutkan 'lalai' dengan nikmat beribadah kepada Allah ini ialah golongan yang sedikit yang sering disebut oleh Allah dalam Al-Quran dan  Rasulullah saw dalam hadis-hadis baginda..."

Pada malam hari, hendaklah engkau shalat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau. Mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ketempat yang terpuji. (QS : Al-Isro’ : 79)

Menurut keterangan yang sahih, saat ijabah (dikabulkannya do’a) itu adalah 1/3 malam yang terakhir. Abu Muslim bertanya kepada sahabat Abu Dzar : “ Diwaktu manakah yang lebih utama kita mengerjakan sholat malam?” Sahabat Abu Dzar menjawab : “Aku telah bertanya kepada Rosulullah SAW sebagaimana engkau tanyakan kepadaku ini.” Rosulullah SAW bersabda : “Perut malam yang masih tinggal adalah 1/3 yang akhir. Sayangnya sedikit sekali orang yang melaksanakannya.” (HR Ahmad)

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” (Surah az-Zariat ayat 15-18).

-tazkirah subuh di surau al kausar SMSSI-
-hari x ingt, tarikh x ingt tahun 2010-

Surau Al Kausar SMSSI antara tempat dlm sekolah tu yg banyak menyimpan memori ku sebagai pelajar dan remaja...Jahiliyah ku banyak..mungkin di surau inilah tempatnya yang mana apabila aku melangkah masuk ke dalamnya jahiliyah itu ku tinggalkan di luar semuanya...di surau ini aku pertama kali mengenal apa itu maa'thurat, di surau ini aku pertama kali mendengar kuliah subuh, di surau ini  aku pertama kali menyertai fikrah ilmu, di surau ini aku pertama kali bertadarus, di surau ini aku pertama kali mempelajari bacaan sujud tilawah, di surau ini aku pertama kali mendengar tazkirah asar, di surau aku pertama kali mengenal usrah....di surau ini..di surau ini...di surau ini...banyak sekali kenangan di sini...Ilmu yang dikongsi di dalam surau ini tidak terhingga banyaknya, petikan di atas ialah antara tazkirah yang masih ku ingat...

Apabila mengenang kembali, sesalan menerpa diriku...betapa banyak ilmu dikongsi kenapa hanya segelintir daripadanya sahaja yang mampu ku ceritakan kembali? Kenapa tidak aku cuba kaut sebanyak mungkin ilmu yang dikongsi? Mungkin di surau ini dulu tempat terbaik utk ku mengubah diri, tapi kenapa aku tidak sedari? Sungguh, bila difikir kembali, aq menyesal menyia-nyiakan peluang yang dimiliki dulu...T_T Mujurlah Allah masih memandangku, Dia beriku usrah yang baru. Melalui usrah ini, Allah membuat ku terfikir kembali kenangan di surau ini. Betapa aku tidak menghargai pemberianNya kepadaku. Betapa aku tidak sedari Dia menyayangiku, sedangkan aku....Allah...ampunkan aku, ampunkan aku...Semoga setiap ilmu tentangMu yang bakal ku pelajari kelak, aku manfaatkan sepenuhNya...aminn