Sunday, 22 February 2015

Escape to The West

Bisillahirrahmanirrahim…
In the name of Allah, the most gracious and most merciful.

Jurnal ini ditulis atas izin Allah yg atas rahmatNya telah membenarkan penulis berpergian di bumi Eropah selama 30 hari 30 malam bersama 15 lagi sahabat mencari biasan-biasan wajahNya di sana.Sepanjang pengembaraannya, dia menemui terlalu banyak mutiara dan kaca.Ada yang diabadikan di dalam jurnal ini dan ada yang menjadi simpanannya bersama Yang Esa. Akhirnya apabila disimpulkan di bawah nama Huarrahmanurrahim, hakikatnya segalanya menampakkan permata tarbiah indah dariNya.
Semoga sentiasa menjadi ibrah berharga buat penulis dan sesiapa sahaja yang membaca.


Wahai orang-orang yg beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah untuk mendekatkan diri kepadaNya
(Al Maidah: 35)





To:
 Family, Ohana and before it, Vida, Khaulah, As Siddiqin, Aadiyat
who are always in my heart,
may Allah bless you.













Second.

14 Jan15
Rabu
1/5


 Musim sejuk degree tahun 1, Januari 2012. Saya masih ingat kata-kata saya pd travelmates masa tu, saat-saat akhir sebelum meninggalkan bumi Fatih, semua rasa sebak. Lebih kurang begini,

“Tak tahu lah entah bila boleh sampai sini lagi.”

Senyum. 

Melihat ke luar tingkap kapal terbang Azerbaijan Airlines yg first time dinaiki, gelap, lalu saya kembali bersandar pada kerusi. Tak mengantuk. Sekali sekala mengerling ke arah Sahidah yg duduk di row sebelah. Mabuk transport kawan yg sorang ni, risau jugak tengok dia, baguslah dah terlelap.

Saya even tak pernah terfikir satu hari nanti akan naik Azerbaijan Airlines utk ke Istanbul but kali kedua. Actually I don't even have heard of this airlines before. heheh.. subhanallah.. apa sajalah yg kita tahu, even tentang urat saraf dalam badan sendiri.

Throwback transit di Baku (capital of Azerbaijan) tadi. Selesa. Tak perlu cerita tentang infrastruktur dan kemudahan wifi free tak perlu masuk nombor phone 24/7 nya. Kami solat subuh di celah-celah kerusi di ruang menunggu, awkward? People watch and they go. Azerbaijan pun muslim country juga, cuma masih terlalu baru di sana. Kesan acuan yg dibentuk USSR masih kuat sepertimana di Kazakh, Uzbek, Turkmen dan sekitarnya. Sekular. Tak pernah lawat negara-negara ni, tp ya, saya yakin kesan islam kjaan Uthmaniah itu masih saja ada di sana, cuma lebih pekat pd seni bina masjid dan bangunan lama. Kerana setakat itu erti islam dibolehkan di sana.

Alhamdulillah,,kami dapat solat dgn aman tanpa perang :) Sepertimana yg diingatkan seorg sahabat sebelum mula mengembara, at least lintaskan doa semoga setiap bumi yg bakal dijejak, akan merasa juga cahaya agama ini satu hari nanti, atau kembali merasa semula ia. InsyaAllah..semoga. 

Selepas selesaikan beberapa helaian tilawah akhirnya terlelap juga. 





15-18 Jan 15
Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad


 Alhamdulillah, safely arrived, At- Taturk International Airport. Takda kemudahan wifi free 24/7 tak perlu masuk nombor phone di sini.( bakal gunakan ayat ni berkali-kali dlm jurnal ni) Kena beli no vodafone baru dpt access. Sebenarnya bagus, bila nak mengembara cuba pasang niat bahawa “aku boleh hidup tanpa wifi”. Sy selalu ada niat ni bila nak keluar ke mana-mana(tp kadang2 tinggal niat je bila tangan gatal jugak on mobile data). Sungguh ,memang kemajuan teknologi byk menyumbang pd kelajuan dakwah dan tarbiah., tp tak kurang juga menyumbang pd pertambahan jumlah Ilah dlm hidup manusia.  Separuh jiwa hilang bila takda wifi free, kadang nmpak mcm dai’e anti social bila 24/7 tunduk zuhud ngadap skrin phone.

Sebelum as syahid Syeikh Ahmad Yassin meninggalkan kita, ada 20 wasiat yg beliau tinggalkan khusus buat pemuda. Antaranya ialah beliau mahukan kita berlatih untuk hidup tanpa elektrik dan barang elektronik, jgn bergantung hidup pd benda-benda ini dan berlatih utk merasa susah sebelum memperoleh sesuatu. Supaya kita tak larut dengan kemudahan tersebut dan meninggalkan usaha keras utk agama. Yg lagi 19, bolehlah Google, manfaatkan wifi anda utk benda bermanfaat. heheh..

Baiklah, berbalik pd cerita Turki. 2012 dulu lain 2015 dah lain, travelmates kali ni pun dah “lain”, matlamat dah lain, pengalaman yg menanti pun confirm tak sama. 

Alhamdulillah,, kali ni kami duduk homestay Msian students kat Turki di kawasan Aksaray. Very neat and tidy, selesa. Kami ber 16 duduk serumah, ada 3 bilik. Kami guna dua bilik, dgn satu toilet, diulangi, satu toilet. Ada turn pakai mlm, atau pagi2 sebelum subuh. Hehehh.. :D Kami tidur kat dua bilik tu dan ruang tamu. Bergilir-gilir lah, mlm ni dah tidur atas katil, esok mlm tidur dlm sleeping bag or atas sofa plak. We did this for a month and this is for me, indeed the experience i’ m very grateful for, why?  Please wait, ada 28 hari lagi menanti utk diceritakan.. :)

Tanpa membuang masa, lepas dah settle down, petang tu kami teruskan dgn tentatif. The very first place kami visit ialah Sultan Ahmet Mosque a.k.a Blue Mosque. Sultan Ahmet yg dimaksudkan ialah Mehmet 3, cucu kpd Mehmet 2(Fetih). Dan masjid ini sengaja dibina di hadapan Hagia Sophia. Masa tu dah nak maghrib, jd kami bersiap-siap terus untuk solat maghrib berjemaah kat masjid. Apa yg berbeza dgn sebelum ni? Emm..sebab kali ni ari dah nak gelap, jadi dpt tgk masjid tu bercahaya dgn sgt cantik dari jauh. Ada lagi, last time, atas sebab-sebab tertentu tak dapat tunaikan solat dlm masjid ni sekali pun, masuk tangkap gambar, keluar. Subhanallah, Alhamdulillah, kali ni Allah izinkan solat dlm masjid ni, beberapa kali juga sepanjang jaulah Turki ni :) Masjid ni masih sama, memukau sesiapa sahaja yg ada di dalamnya dengan kecantikan seni bina dan ukiran halusnya. Dan org ramai tak putus-putus mengunjunginya.

Sy masih ingat salah seorang kenalan berbangsa Spain kat Beijing pernah cakap, she used to visit Blue Mosque once, and she cried without any reason. Yeahh, even I feel like crying without any logical reason the first time i visited this place. 
Apalah gunanya masjid kalau diimarahkan dgn flash2 kamera saja tanpa ruh-ruh solat dan bacaan quran kan. Alhamdulillah,, masjid ni dibuka utk lawatan dan laluan utk menunaikan solat akan diberikan setiap kali masuk waktu. 

Then, kami pergi mkn malam. Sepanjang hari berjalan kaki, tipu tak lapar. Bab makan ni, emm….antara perkara besar jugaklah aku belajar sepanjang jaulah ni. Semua rasa nak mkn nasi, tp kat tempat org mana nak cari nasi campoq Rm 3, nasi berlauk, nasi kandar yg kiri kanan ada lauk berlemak dan kolestrol tggi yg sedap heheh :D Msia juga yg heaven bab makan. 

Tp percayalah, bumi Allah ni luas dan rezeki itu ada di mana-mana. Rezeki itu, spesifically pd rezeki makanan akan berbeza ikut geografi dan iklim sesuatu tempat, nmpk mcm tak possible je kan nak kenyang kalau tak makan nasi(Msian kan). Keberkatan pd makanan dan kekenyangan tu bukan diberi oleh hidangan nasi atau kuantiti makanan di depan mata, tp sejauh mana kita menjaga adab kita dgn Allah sebagai pemberi rezeki dan rezeki yg diberiNya. Makanan sikit kalau berkat, selain kenyang, mcm2 manfaat kita akan dpt. Antaranya, ukhwah sesama makanmates. Kadang-kadang tu nmpk je sikit tp apsal mkn tak abis-abis nih. Berdasarkan pengalaman selama beberapa tahun ni, mkn ramai-ramai memang berkat dan cepat kenyang lagi2 kalau makan talam. Mungkin ada scientific reasoning di sebaliknya ,tp sy dah cukup percaya dgn sunnah nabi saw kalau amalkan mesti ada manfaat dia yg tersendiri.

Satu lagi, sebaik-baiknya elakkan ada mindset, “camane nak hidup ni? payah cari halal confirm lapar, camana nak berjalan.” Letakkan keyakinan, bukan makanan yg beri kita kehidupan dan kekuatan utk teruskan sesuatu urusan. :) serius talk, sebelum jaulah memang ada juga terlintas perkara ni dan tahu apa yg sy jumpa pd awal perjalanan kami? Ini, 

Dan Kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kpd org2 yg sabar. (2:155)

Kami memang dihidangkan dengan segala yg ada dlm ayat ni sepanjang perjalanan kami, dan kami kenyang di akhir jaulah ini..heheh,,

Tp akhirnya kami bertemu nasi juga malam itu, portion nasi yg sedikit dlm pinggan yg sebesar itu, tp sy gembira. Hari-hari lain mcm biasa, mkn kebab. (Kebab ni smpai ke abes jaulah) Di akhir2 jaulah Turki ini baru kami jumpa nasi arab dlm talam yg mmg thumbs up. Alhamdulillah..alhamdulillah :))






Esoknya, kami teruskan dgn aktiviti melawat tempat-tempat common org pergi di Istanbul. Sy sebutkan,, Hagia Sophia, Basilica Cistern, Topkapi, Dolmabahce, Bhosphorus Cruise, Spice bazaar, Grand bazaar, Panorama 1453 dan ada tempat-tempat lain yg menyimpan byk kesan sejarah Kjaan Turki Uthmaniah seperti Rumeli Hissari. Or Galata Tower yg berkaitan Kjaan Byzantine. Tp tak semua sempat kami lawati. But alhamdulillah we got ISK Turki, hehehe..

Kami guna sekeping kad pas utk 16 org menaiki tram sepanjang jaulah di Turki. Ketua kami menyusun kami dgn sgt baik. Wpun ada sekali dua beberapa akhwat tertinggal tak sempat masuk tram, mula-mula tu panik jugak lah sikit, itulah tarbiahnya, Tp kami telah dibrief dgn sgt jelas tntg destinasi setiap perjalanan. Alhamdulillah, tak berlaku masalah orang tak sampai-sampai. I believe in my akhwats, they always can do it steadily and nicely :D. Betapa pentingnya wpun berjalan dlm kumpulan yg besar dan kita sebenarnya boleh ikut je hala tuju org depan, semua org sebenarnya kena alert akan perjalanan sepanjang hari sampailah tercapai matlamat hari itu. So tat, wpun tak 100% mcm yg dirancang tp overall perjalanan tetap smooth.

 Ada sekali tu, sy meminta utk tak join aktiviti kerana sy dah pernah lawati tmpt tersebut and I dont feel like going again. Sy minta izin utk ke Yerebatan Sarnici (Basilica Cistern) yg sy dying nak pergi tp tak berpeluang sebelum ini. Pd asalnya, ketua kami sgt tak berapa nak setuju sebab takda dlm tentatif dan dia tak mahu kumpulan berpecah satu ke sana sorg ke sini, yg len ke sana. Sebaiknya semua org bersama-sama dlm setiap aktiviti. Tp sy degil, akhirnya dia benarkan sy. Basilica Cistern hanya terletak lebih kurang 500 m saja dari Hagia Sophia yang sepatutnya kami pergi pagi itu. Tp atas sebab jadual yg sgt padat, Basilica Cistern tak masuk dlm tentatif. Hagia Sophia ialah pilihan utama kerana nilai sejarahnya. But I wanted to go to Basilica, It is written in Dan Brown’s Inferno and I wanted to see it with my own eyes.

When I was walking alone and I look back at them yg tgh beratur panjang utk beli tiket masuk ke Hagia Sophia while nobody ada kat depan Basilica Cistern, patutnya happy sebab tak yah beratur but at that time rasa macam..emm tak best pulak dorang takda, mcm krik krik je sorang-sorang, and rasa mcm tinggalkan dorg utk penuhi hasrat individu . so I went back and tell our ketua about this. Akhirnya, kami berbincang semula dan susun semula masa sampai akhirnya, sebelum tgh hari kami selesai melawati kedua-dua Hagia Sophia dan Basilica Cistern sama-sama dlm group. Dan jadual hari itu tak terganggu sedikit pun and nobody got left behind. Yap! alhamdulillah wa astaghfirullah…. :)

Tak seperti jurnal sebelum ini, sy banyak mendetailkan tentang tempat-tempat yg saya lawati bersama sejarahnya. Kali ini sy mahu sekali berkongsi pengalaman dlm perjalanan itu sendiri. Pengembaraan kali ini terlalu istimewa. Sy mungkin tidak hadam segalanya tentang tempat-tempat yg kami pergi tp sy belajar terlalu byk perkara berkaitan hidup ini dari 15 org sahabat sy, dan semua manusia pilihan Allah yg hadir, dan dari setiap tempat yg kami jejaki sepanjang pengembaraan ini. 

Antaranya,, ialah sabar, berkorban, ukhwah(tak mungkin tak diuji sekiranya dah ngaku nak ukhwah fillah), itsar, kepentingan bersyuro sebelum mengambil keputusan, kesediaan berlapang dada dan toleransi, taat pd ketua kalau tak mahu barisan kucar kacir (wpun yg mengetuai ialah akhwat kita yg gemar dan cool bergurau, atau kdg2 bahan gurauan) , kecekapan mengurus masa dan bernilainya masa, bukan masa kita saja tp org lain juga, jgn potong qeueu wpun dpn tu akhwat baik persis malaikat, dan yg paling berharga, keyakinan mutlak, pergantungan dan berserah pdNya(bila keluar drp comfort zone baru betul2 teruji). Segala ilmu dan teori diuji di sini, sama ada ianya telah meresap menjadi fikrah atau masih sekadar teori, bagi sy medannya telah terbentang luas sepanjang jaulah ini.

Sekiranya semasa di Turki, sy secara personalnya telah diuji dan belajar beberapa perkara penting tntg hidup ini, Turki actually, was just a warming up… utk cabaran sebenar seterusnya.

To be continued…